Lepat Pisang
Lepat pisang  sangat sedap bila dimakan pada waktu minum petang atau sarapan pagi. Ditambah pula dengan rasanya yang cukup lengkap manisnya. Untuk pisang boleh guna apa – apa pun jenis pisang mengikut cita rasa anda.
Bahan – Bahan
- 13 biji pisang berangan/pisang emas
 
- 1 cawan tepung gandum
 
- 1/2 cawan kelapa parut putih
 
- 2 sudu besar gula pasir
 
- 2 sudu besar gula merah – menaikkan warna
 
- 1 sudu kecil garam
 
Cara – Cara
- Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur.
 
- Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang.
 
- Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
 
- Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati.
 
- Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang.
 
- Jika suka, letak inti kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
 
- Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
 
- Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
 
- Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.