Berikut adalah resepi sambal terong balado yang lazat. Rezeki ini sangat ringkas dan mudah. Menu ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan semasa makan tengahari. Bahan-bahan untuk membuatnya sangat senang dan mudah untuk diperolehi.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 buah terong ungu
- 5 siung bawang merah
- 2 siung bawang putih
- 2 buah tomat
- Garam, gula pasir dan kaldu bubuk secukupnya
Cara-cara penyediaan & memasak:
- Gorengkan terung terlebih dahulu. Angkat dan toskan minyak.
- Panaskan air, kemudian masukkan tomat, bawang putih, cabe merah dan bawang merah. Keluarkan dan blend haluskan bahan rebusan.
- Kemudia tumiskan bahan kisar. Masukkan garam, gula pasir dan kaldu bubuk. Kacaukan supaya sebati dan biarkan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan terung yang sudah digoreng tadi.
- Perasakan hingga cukup rasa dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba, belum cuba belum tahu. Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.
Kredit oleh: Mama Adeeva