Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Coklat Sukatan Cawan Yang Mudah & Sangat Sedap, Laku keras!

Resepi Biskut Coklat Sukatan Cawan Yang Mudah & Sangat Sedap, Laku keras!

Kategori: ,
resepi biskut coklat

Hari raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Untuk hari raya, pastinya kita akan membeli dan membuat kuih muih serta biskut yang enak dan menyelerakan. Jadi untuk raya tahun ini apa kata kita menyediakan Biskut Coklat yang mudah dan sedap ini. Sangat mudah, dengan hanya menggunakan cawan sahaja untuk menyukat segala bahan yang diperlukan.

Bukan sahaja mudah malah sangat rangup dan coklat tu betul-betul rasa. Memang rugi kalau tak cuba. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Noraslinda di bawah ini.

Cara Buat Biskut Coklat, Sukat Dengan Cawan Je. Sangat Mudah Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram buttercup
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sdk esen vanila
  • Coklat urai @ coklat chip untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kacau butter dan kuning telur guna senduk je. Kacau sebati.
  2. Masukkan gula halus dan esen vanila. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit. Tambah tepung kalau adunan lembik tapi jangan keras sangat. Sedang-sedang tak lekat di tangan dan uli sebati.
  4. Tekap adunan. Sapu telur, tabur coklat urai atau coklat chip.
  5. Kemudian bakar suhu 160°c selama 30 minit atau ikut oven masing-masing.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Biskut Coklat sukatan cawan ini? Nak buat jualan pun boleh tau. Untuk biskut ini bukan sahaja sesuai untuk dimakan pada hari raya tapi juga untuk hari biasa.

Selamat mencuba!

Kredit: noraslinda md radzhi

Baca juga: Resepi Biskut Suji Kristal. Bila Masuk Mulut, Memang Cair Habis!

tags: | |