Biskut suji kristal memang merupakan biskut kegemaran ramai. Bila makan biskut ni memang cair habis dalam mulut! Itu yang istimewanya tentang biskut ini selain dari warna-warninya yang memikat hati itu. Jom cuba buat biskut ni, memang confirm jadi!
Resepi Biskut Suji Kristal
Bahan-bahan:
- 250 gm minyak sapi
- 110 gm gula aising
- 1/2 sdk kecil garam
- 50 gm badam kisar – disangai sekejap
- 125 gm tepung jagung
- 300 gm tepung red rose
- Pewarna disukai
- Papercup
- Gula castor – utk salut biskut
Cara-caranya:
- Ayakkn tepung red rose brsama tepung jagung, ketepikan.
- Satukan serbuk badam, gula aising, garam. Gaul sebati, kemudian masukkan minyak sapi. Gaul lagi bagi sebati menggunakan senduk sahaja.
- Kemudian masukkan tepung² yang telah di ayak tadi. Uli sehingga sebati, jika masih lembik tambah tepung red rose sikit² smpai jadi doh yang boleh dibentuk.
- Bahagi kpd 3 wrna. Kemudian bulat²kan sebesar 7@8 gm. Jangan terlalu besar. Nanti jadi bola ping pong pulak.
- Susun dalam tray dan bakar suhu 170°C @ ikut suhu oven masing². Oven dipanaskan terlebih dahulu ye. Api atas bawah.
- Bakar selama 15-20 minit @ sehingga masak.
- Bila biskut dah suam, boleh gaul dengan gula castor. Masukkan dalam paper cup. Dah betul² sejuk boleh masukkan dalam bekas.
- Anggaran 1 adunan boleh dapat 100++ biji krystal ball comei².
Kredit: Nor Haslina Md Nor