Dah pilih resepi kek marble best kat Google, tapi tepung kek habis pulak! Ini dia cara buat kek marble gebu gebas tanpa perlu guna tepung naik sendiri pun menjadi. Guna tepung gandum dan tepung jagung pun elok menjadi. Jom cuba!
Resepi Kek Marble Gebu Gebas, Tak Perlu Guna Tepung Naik Sendiri Pun Menjadi
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- ½ cawan gula kastor
- ½ cawan susu pekat
- ¾ cawan butter/planta
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar ovalett
- 5 biji telur
- Esen vanila
Cara-cara:
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.
- Pukul butter, gula dan ovalet sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Kemudian masukkan masukkan susu pekat dan esen vanilla.
- Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak. Kacau sehingga rata.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian, letakkan pewarna pilihan.
- Masukkan adunan warna demi warna sehingga habis.
- Bakar pada suhu 130° selama 45 minit ataupun mengikut suhu oven masing-masing.
Kredit: Ruzana Ramli
Selamat mencuba!