Pasti ramai yang sudah biasa makan di food court setiap kali ke pasaraya kan? Menu yang sering menjadi pilihan diantaranya adalah yee mee sizzling ayam. Makan panas-panas memang perghh, sedap sangat!
Mudah sahaja nak buat yee mee sizzling sendiri di rumah. Buat sendiri boleh letak ayam, cendawan atau apa-apa sahaja mengikut kesukaan hati.
Buat sendiri boleh makan puas-puas. Tak perlu ke food court dah selepas ini kalau nak makan yee mee sizzling. Jom ikuti resepi yee mee sizzling ayam dan cendawan di bawah.
Resepi Yee Mee Sizzling Ayam & Cendawan Ala Food Court
Bahan-bahan:
- 1 gulung yee mee
- ayam (potong kecil-kecil)
- 2 biji cendawan kering ( rendam hingga kembang dan belah 2 )
- 3 tangkai cili kering ( potong dlm 1 inci )
- I inci halia ( diketuk)
- 3 ulas bawang putih ( cincang halus)
- 2 pokok sawi ( siang dan dicelur sekejap)
- 5 sb kicap pekat
- 3 sb sos tiram
- 3 cawan air ( kalau nak kuah banyak letak air lebih)
- 1 biji telur
- 1 sb tepung jagung( bancuh dgn sedikit air)
- Serbuk lada hitam
- Minyak secukupnya
- Garam dan perasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
- Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.
- Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.
- Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Terpulang atas kepekatan kuah yang dimahukan.
- Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.
- Akhir sekali masukkan sawi yg dicelur td dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
- Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
- Taburkan serbuk lada sulah dan boleh lah tambah cili potong utk menambah selera. Siap. Selamat mencuba.
*hidangan utk seorang. Kalau nk buat lebih gandakan bahan ye.
Kredit: Nor Khomariah Norrohman