Di Malaysia terdapat pelbagai aneka jenis puding. Tidak kira sama ada puding berkuah atau pun puding biasa. Pencuci mulut ini biasanya ada dijual di kedai tetapi kalau nak buat sendiri boleh sahaja. Antara puding yang sangat mudah untuk disediakan adalah puding mangga, puding cendol dan macam-macam lagi.
Namun kalau anda sudah bosan asyik makan puding mango, puding strawberri la apa lah. Apa kata kali ni jom sama-sama buat puding cincau blueberry ni pula. Menarik kan? Warna hitam cincau bersatu dengan warna ungu menaikkan lagi seri puding tersebut. Dan yang pasti anda tak akan menyesal sebab rasa dia memang sedap sangat!
Cara Buat Puding Cincau Blueberry
BAHAN-BAHAN:
- 20g agar-agar tali
- 5 1/2 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair/susu segar (2 cawan)
- 2 helai daun pandan simpulkan
- Cincau | potong dadu kecil
- Secubit garam
- Blueberry emulco
CARA PENYEDIAAN:
- Masak air bersama agar-agar hingga larut.
- Masukkan gula, daun pandan dan larutkan gula. Perlahankan api.
- Ambik agar-agar dalam 1 1/2 cawan tuang dalam bekas lain. Warnakan blueberry emulco dan keraskan dalam peti sejuk.
- Boleh keluar agar-agar blueberry tadi dan potong dadu kecil-kecil.
- Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang 8×8. Kemudian ketepikan.
- Besarkan semula api. Lebihan agar-agar tadi. Masak dan tuangkan susu cair. Masuk secubit garam dan kacau-kacau bagi sebati.
- Ambil agar-agar susu tadi dalam 3 cawan. Tuangkan perlahan-lahan dalam loyang tadi. Biarkan sederhana beku. Lebihan agar-agar dalam periuk warnakan pewarna blueberry emulco. Tuang perlahan-lahan atas agar-agar susu.
- Bekukan, apabila sederhana sejuk simpan dalam peti sejuk.
- Keluarkan puding tadi. Terbalikkan puding perlahan-lahan atas bekas/alas yang rata. Boleh potong ikut suka.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Puding Cincau Blueberry ini? Masukkan dalam peti ais lepas tu makan. Memang akan lebih nikmat rasanya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit Resepi : Zura Zul