Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Apam Polkadot, Guna Botol Lagi Senang Picit. Tak Perlu Guna Piping Bag Dah

Cara Mudah Buat Apam Polkadot, Guna Botol Lagi Senang Picit. Tak Perlu Guna Piping Bag Dah

Kategori:
Apam Polkadot

Apam polkadot memang comel dan sedap. Sesuai jika mahu dijadikan doorgift atau hidangan kepada tetamu. Cara membuatnya juga sangat senang. Jika tiada piping bag, boleh juga guna botol sos untuk paipkan adunan ke dalam acuan. Jom baca perkongsian cara mudah buat apam polkadot oleh Abby Razy di bawah.

Cara Mudah Buat Apam Palkadot

Bahan 1:

  • 3 biji Telur Gred A – dari dlm peti ais
  • 1 cawan gula halus – saya guna gula pasir blender je sampai halus
  • 150ml/ 1cwn susu cair
  • 1 sudu besar ovelate
  • 1 sudu besar butter vanila paste/ esen vanila

Bahan 2:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Mix telur dahulu dengan kelajuan paling tinggi, kemudian masukkan gula halus, ovelate. Pukul lagi sehingga bertanduk. Selepas tu masukkan susu cair.
  2. Selepas siap mix bahan 1, masukkan tepung yang diayak tadi. Mix paling minima sehingga rata. Last sekali masukkan perisa butter vanilla supaya apam berbau wangi.
  3. Bahagikan adunan kepada 2, letak warna ikut suka.
  4. Panaskan periuk kukus, buka api kuat sehingga air menggelegak.
  5. Adunan dimasukkan dalam piping bag/botol sos.
  6. Paip separuh dalam acuan, letak inti kemudian paip sampai penuh. Pastu boleh la letak dot2 atau corak ikut suka.
  7. Bila air dah menggelegak. kukus apam dalam 8-10 minit dengan api yang paling perlahan.

Tips:

  1. Pastikan penutup periuk kukus dibalut kain, supaya air tak jatuh atas apam.
  2. Pastikan kukus dgn api yang perlahan untuk elak apam merekah.
  3. Mix telur dahulu paling maksima sehingga kembang untuk dapatkan apam yang lembut dan gebu.
  4. Simpan apam dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
tags: