Masih tercari-cari resepi nasi ayam paling ringkas tapi sedap? Nah, resepi ini khas untuk anda. Sesuai jika dimasak untuk seisi keluarga, memang confirm semua orang makan berselera. Ikuti resepi perkongsian oleh Dani Shoppe’s di bawah.
Resipi Nasi Ayam Paling Ringkas & Sedap
Cara-caranya:
- Rebus ayam bersama garam secukupnya untuk dapatkan sup. Sup itu akan digunakan untuk masak nasi.
- Tumiskan planta, bawang putih dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan minyak bijan 1/2 sudu besar atau secukupnya. (memang sedap guna minyak bijan, kalau tak suka boleh skip)
- Cuci 4 cawan beras dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk masak nasi.
- Untuk ayam ada 2 versi. Yang pertama, untuk buat ayam putih, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.
- Untuk ayam kicap, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.
- Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras pulak.
- Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing-masing.
- Selamat mencuba!
Baca juga: Ini Cara Buat Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka