Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Nasi Ayam Hainan & Ayam Roasted Ala The Chicken Rice Shop

Cara Masak Nasi Ayam Hainan & Ayam Roasted Ala The Chicken Rice Shop

Kategori:
ayam roasted

Siapa yang pernah makan nasi ayam hainan dan ayam roasted di The Chicken Rice Shop pasti tahu betapa sedapnya nasi ayam mereka. Rupanya tak susah mana kalau nak cuba buat sendiri di rumah. Baru puas hati makan bila buat sendiri.

1) Resepi Ayam Hainan

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Daun bawang
  • Hirisan halia
  • Kicap
  • Bawang putih cincang
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Gula & garam
  • Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus ayam bersama daun bawang dan hirisan halia selama 15-20 minit mengikut saiz ayam.
  2. Bila dah masak, rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit.
  3. Sambil menunggu, boleh buat kicap dia.
  4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan hirisan halia.
  5. Masukkan pula air rebusan ayam tadi (agak-agak).
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan juga air bancuhan tepung jagung, tunggu sehingga sedikit pekat dan mendidih.
  7. Kemudian tuangkan atas ayam yang sudah dipotong.

2) Resepi Ayam Roasted

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (sederhana besar)
  • 2 sudu gula pekat
  • 8 sudu cuka
  • 1 sudu serbuk lada putih
  • 2 sudu serbuk 5 spices
  • 1 sudu mkn gula & garam

Cara-cara:

  1. Campurkan gula pekat bersama air, cuka dan serbuk lada hitam. Panaskan.
  2. Dalam masa yang sama, perapkan ayam bersama serbuk 5 spices, garam dan gula. Gaul sebati di dalam perut ayam (jemur sekejap).
  3. Kemudian goreng ayam dengan cara menyiram minyak panas ke atas badan ayam (nak bakar pun boleh).
  4. Goreng sehingga keemasan. Siap!

3) Resepi Sup

Bahan-bahan:

  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Bawang putih hiris
  • Serbuk perasa sedap maggie
  • Garam

Cara-cara:

  1. Renehkan semua bahan sehingga mendidih. Perasakan dan biarkan sehingga mendidih.
  2. Siap!

4) Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan:

  • Bawang putih cincang
  • Serai dititik
  • Halia dihiris
  • Beras yang sudah dicuci
  • Air rebusan ayam
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan serai dan halia.
  3. Kemudian masukkan beras, goreng sekejap.
  4. Masukkan pula air rebusan ayam dan tambah sedikit garam.
  5. Masak seperti biasa.

5) Resepi Taugeh Steam

Bahan-bahan:

  • Taugeh
  • Sos kicap
  • Daun bawang
  • Cili merah

Cara-cara:

  1. Siram taugeh dengan air panas. Kemudian letak dalam pinggan.
  2. Curahkan sos kicap yang sama untuk ayam tadi.
  3. Kemudian taburkan daun bawang dan cili merah. Siap!

6) Resepi Cili

Bahan-bahan:

  • Bawang putih cincang
  • Cili merah*
  • Serai*
  • Bawang putih*
  • Cili padi (jika mahu pedas)*
  • Air rebusan ayam
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Sos tomato

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan bertanda (*) bersama air rebusan ayam. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih cincang sehingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan cuka, gula, garam dan sos tomato. Biarkan mendidih dan siap.

7) Resepi Kicap

Bahan-bahan:

  • Bawang putih cincang
  • Air rebusan ayam
  • Sos tiram
  • Serbuk 5 spices
  • Garam
  • Gula
  • Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
  2. Masukkan air rebusan ayam, sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
  3. Bila dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung.
  4. Biarkan lagi sehingga mendidih, siap!

Kredit: Rafiah Nor

tags: |