Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ringkas Sotong Kicap Pedas, Tentunya Sangat Sedap Dan Anda Wajib Cuba!

Resepi Ringkas Sotong Kicap Pedas, Tentunya Sangat Sedap Dan Anda Wajib Cuba!

Kategori:
ressepi sotong kicap pedas

Sotong Kicap Pedas merupakan antara hidangan yang ringkas. Sangat sesuai itu dimakan pada waktu tengahari atau pun malam. Kalau makan lauk ini confirm bertambah nasi. Bukan sahaja mudah untuk disediakan malah rasanya juga tersangatlah sedap.

Nak cuba buat sotong macam ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Hajar Mohd ini. Ramai kata sedap, belum cuba belum tahu kan.

Cara Mudah Buat Sotong Kicap Pedas Yang Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • 10-15 ekor sotong
  • 2 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap masin
  • Lada benggala merah dan hijau | potong dadu
  • 8 tangkai lada burung
  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang serai | diketuk
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Jika tiada gas. Boleh ikhtiar guna rice cooker electric anda. Tumis bawang Holland dan bawang putih(bawang putih ni opsyenal) Tumis sekali dengan serai sampai layu.
  2. Setelah cuci sotong. Oh,kepala dia kakak sumbat dalam perut dia balik supaya boroi. Masukkan sotong kedalam kuali. Bukan dalam mulut ya. Hanyir.
  3. Tuangkan kicap kicap lemak manis dan masin tadi. Didihkan sehingga sotong empuk. Kacau kacau sikit pun okey.
  4. Apabila sotong empuk. masukkan lada tumbuk tadi.
  5. Kemudian masuk terus lada benggala. Kacau kacau dan masa ni tambah serbuk lada hitam dan putih. Dan matikan api dapur.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sotong Kicap Pedas ini? Campak-campak je dah siap. Rasa pun subhanaAllah sedap sangat. Nanti jangan lupa beli sotong ya, kita masak macam ni!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hajar Mohd Via MAHN

Baca juga: 10 Menu Masakan Seafood Yang Mudah Dan Sedap, Campak Je Semua Namun Kesedapannya Tiada Tandingan!

tags: |