Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Selalu Mengantuk Dan Letih? Amalkan Makanan Untuk Tingkatkan Tenaga

Selalu Mengantuk Dan Letih? Amalkan Makanan Untuk Tingkatkan Tenaga

Kategori: ,
makanan untuk tingkatkan tenaga

Bila duduk di rumah atau di pejabat, sangat mudah untuk kita rasa penat dan lemau. Lagi-lagi pada waktu tengah hari. Tapi kalau anda nak tahu, ada beberapa makanan untuk tingkatkan tenaga yang boleh membantu anda mengatasi masalah keletihan.

Semua orang pasti mengalami keletihan. Namun jika ianya terlalu kerap dan menjejaskan produktiviti harian anda, sangat penting untuk anda mengubah gaya hidup anda dan kenali beberapa faktor yang menyebabkan keletihan.

Sebelum kita kenali makanan untuk tingkatkan tenaga, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keletihan termasuklah tidur yang tidak mencukupi, pemakanan yang tidak sihat, tekanan yang berlebihan, dan banyak lagi.

Sekarang dah kenali faktor, jom kita kenali makanan yang kita boleh cuba untuk tingkatkan tenaga.

Makanan Untuk Tingkatkan Tenaga

  • Beras Perang

makanan untuk tenaga

Beras perang sudah lama menjadi pilihan di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat. Ini kerana beras sumber magnesium yang bagus. Magnesium sangat penting untuk meningkatkan metabolisma tubuh badan. Gantikan beras di dapur anda dengan beras perang.

  • Yogurt
    makanan untuk tenaga

Yogurt juga antara makanan yang tinggi dengan magnesium dan mengandungi kandungi kalsium yang tinggi dan vitamin B. Sangat sesuai untuk anda amalkan yogurt di pagi hari bersama buah-buahan. Selain itu, gantikan santan di dalam masakan anda dengan yogurt asli pun sedap dan lebih sihat.

  • Kacang
    makanan untuk tenaga

Sangat tinggi dengan nutrein dan sumber lemak yang sihat, kacang merupakan sumber tenaga yang bagus. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kacang juga sangat tinggi dengan kalori. Gantikan snacks anda dengan kacang ketika berkerja.

  • Buah Oren
    makanan untuk tenaga

Antara buah yang digemari ramai, oren sangat tinggi dengan vitamin C dan mengandungi potassium dan asid folik. Nikmati satu gelas jus oren sekali sehari untuk mengelakkan mengantuk sepangjang hari.

  • Bayam
    makanan untuk tenaga

Bayam juga antara makanan yang sangat sihat untuk diamalkan. Ini kerana ianya sangat kaya dengan zat besi yang boleh membantu melawan keletihan dan meningkatkan daya ketahanan minda dan fizikal. Kandungan tyroisne pada bayam sangat bagus untuk tingkatkan kesedaran.

  • Teh Hijau
    makanan untuk tenaga

Teh hijau juga antara minuman yang semakin terkenal sekarang. Masyarakat Jepun suka menikmatinya kerana bukan saja kaya dengan antioksida, ianyan tinggi dengan asid amino, L-theanine yang terbukti untuk tingkatkan kesedaran. Kalau anda memerlukan caffeine, gantikan secawan kopi dengan teh hijau. Teh hijau juga mengandungi caffeine.

Kalau anda seorang yang selalu mengalami keletihan, boleh lah cuba makanan yang tersenarai ini. Sangat sihat dan banyak kebaikan yang boleh kita perolehi. Amat penting kita mengubah pemakanan kita kepada yang lebih sihat.

Baru tahu makanan boleh bekalkan tenaga? Jom buat pilihan lebih sihat dan jangan lupa untuk share pada kawan-kawan anda.

Kredit: Dana Meredith

Baca Juga: Jom Cuba Bak Kut Teh Ini, Masakan Berherba Yang Banyak Khasiatnya. Yang Penting Halal!

 

 

tags: | |