Bak Kut Teh atau Beef Kut Teh merupakan makanan berherba yang sangat bagus untuk kesihatan. Bak Kut Teh ini sering dinikmati oleh orang bukan Islam dan ianya tidak halal untuk dimakan. Hal tersebut adalah kerana ia menggunakan daging rusuk/tulang daging yang haram dimakan. Seperti daging babi dan daging haiwan yang tidak disembelih.
Namun resepi yang dikongsikan oleh Sea Angel Khaalishah ini pastinya resepi yang halal kerana menggunakan daging yang semestinya umat Islam boleh memakannya.
Resepi Bak Kut Teh Versi Halal
Bahan-bahan:
- Daging
- Herba bak kut teh (seperti dalam gambar)
- 1 labu bawang putih | tak perlu kupas dan diketuk
- Halia
- Cendawan shitake
- Sos tiram
- Kicap cair
- Sedikit kicap pekat
- Perasa
Cara Penyediaan:
- Kesemua bahan-bahan dimasukkan sekali ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan selama 1 jam lebih atau lagi bagus guna pressure cooker.
- Guna pressure cooker tak perlu masak lama. Set je bahagian daging, dalam 30 minit daging sudah empuk dan bahan-bahan herba tadi pun dah meresap ke seluruh daging.
- Sup siap dan boleh dimakan.
Mudah sahaja kan cara penyediaan Bak Kut Teh ini. Jadi bagi anda yang nak tahu sejauh mana khasiatnya, bolehlah memasak Bak Kut Teh ini. Pasti anda akan berpuas hati punya. Jom cuba sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Sea Angel Khaalishah Via MAHN
Baca juga: Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!