Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsikan Resepi Jem Manggis Yang Mudah, Boleh Buat Dekat Rumah.

Wanita Ini Kongsikan Resepi Jem Manggis Yang Mudah, Boleh Buat Dekat Rumah.

Kategori: ,
jem manggis

Pada musim Manggis ini, mesti ada satu plastik yang penuh dengan buah manggis di dapur, kan? Jangan dibiarkan, nanti rosak! Jadi apa kata kita cuba buat jem manggis yang mudah.

Manggis di dapur jangan biar lama-lama tau. Sayang sangat. Kalau dah tak tahu nak buat apa dengan manggis yang banyak, jadikan jem pun enak. Boleh lah makan dengan roti bakar atau pankek.

Jangan terkejut, walaupun manggis ini enak dimakan begitu saja, ianya turut dijadikan jus minuman, kordial dan jem. Mari kita cuba resepi jem manggis yang ringkas Manini.

Resepi Jem Manggis

Bahan-Bahan

  • Manggis
  • Gula pasir
  • Gula batu
  • Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Di dalam kuali, letakkan manggis yang sudah dikupas, direbus dan dikacau-kacau (untuk elakkan hangus) di atas api sederhana selama 2-3 jam bersama gula pasir dan segenggam gula batu untuk mengilatkan jem.

jem manggis

2. Masukkan juga sedikit kulit bahagian dalam manggis sebagai pewarna semula jadi. Letakkan daun pandan sebagai pewangi dan sedikit garam.

jem manggis

3. Apabila biji manggis sudah menjadi lembut seperti kacang, maka jem anda sudah siap untuk dihidang.

jem manggis

Tip: Untuk pastikan jem anda tahan lama dan untuk preserve rasa manggis, simpan jem di dalam botol kaca.

Dah tau nak buat apa dengan manggis tu, kan? Kalau anda peminat jem pun wajib cuba jem manggis ini. Tak perlu beli, nak pergi cari susah. Buat sendiri dah siap.

Kredit: Ell Suhaila

Baca Juga: Cara Masak Pajeri Rambutan Yang Mudah, First Time Masak Mak Mertua Request!

tags: |