Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tukar Selera Minum Petang! Jom Layan Sup Cendawan Ala Barat Yang Berkrim! Lagi Sedap Dari Yang Segera!

Tukar Selera Minum Petang! Jom Layan Sup Cendawan Ala Barat Yang Berkrim! Lagi Sedap Dari Yang Segera!

Kategori: ,
sup cendawan ala barat

Sup cendawan merupakan antara sajian pembuka selera yang terkenal dalam masakan Barat. Sangat berbeza dari sup cendawan dari masakan Asia, sup cendawan ala Barat pula lebih berkrim dan rasa lebih berlemak.

Biasanya bila ke restoran ala Barat, sup cendawan mesti dipesan. Rasa yang berkrim, ianya sering dipadankan dengan beberapa keping garlic bread. Sekali sekala kita ubah selera dengan menikmati sup cendawan ala Barat pun tak salah, kan? Jika anda bosan dengan cucur atau kuih muih, boleh cuba sediakan resepi sup cendawan ini oleh Nora Ha.

Resepi Sup Cendawan Ala Barat

Bahan-Bahan

  • 2 cawan susu segar atau susu cair
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu garam
  • 1 kiub pati ayam atau 1 sudu Secukup Rasa
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 tin cendawan butang (dipotong cincang)
  • Air secukupnya
  • Daun parsley

Cara Penyediaan Sup Cendawan Ala Barat

  1. Masukkan susu ke dalam periuk. Tuang air secukupnya. Buka api dan biarkan ianya mendidih seketika.
  2. Boleh masukkan lada hitam dan cendawan butang.
  3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kiub pati ayam. (Tips: Tepung jagung ini nak pekatkan kuah, bancuh dengan air dulu, baru tuang dalam periuk. Kalau terus masuk tepung dalam periuk, tepung akan jadi berketul.)
  4. Perasakan dengan garam. Kalau tak guna kiub pati ayam, letakkan secukup rasa.
  5. Taburkan daun Parsley (jika ada). Dah siap.

Anak-anak mesti suka dengan hidangan ini. Tak perlu perencah sup cendawan yang segera, buat sendiri lebih bagus. Kalau anda nak lebih puas, boleh letakkan cendawan lebih. Barulah lebih berselera, kan?

Selamat mencuba.

Kredit: Nora Ha

Baca Juga: Spaghetti Salted Egg Yang Sedap Berlemak Dan Penuh Berkrim. Ini Cara Membuatnya!

tags: |