Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Manis, Pedas, Masam! Cicah Dengan Ikan Bakar Pun Kena, Ini Resipi Air Asam Manggis!

Manis, Pedas, Masam! Cicah Dengan Ikan Bakar Pun Kena, Ini Resipi Air Asam Manggis!

Kategori: ,
air asam manggis

Musim buah dah tiba sekarang kan? Jadi,, rata-rata diantara kita masih lagi tengah melayan dan menikmati pelbagai buah-buahan yang enak.

Antara buah yang menjadi pilihan adalah buah manggis yang sedap dan mempunyai pelbagai khasiat. Selain dinikmati begitu saja, terdapat beberapa resepi yang anda boleh cuba dengan buah ini.

Di Facebook pula, Rasyed Kader telah berkongsi resepi air asam manggis di group Masak Apa Hari Ini. Mungkin kedengaran agak pelik tapi dia menjamin bahawa resepi tersebut sangat sedap dicuba. Nak tahu? Jom baca lebih lanjut.

Resepi Air Asam Manggis Yang Sedap

Bahan-Bahan

  • 10 biji cili padi
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 hingga 4 cm belacan
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Manggis

Cara Penyediaan

  1. Ramas belacan, cili padi, dan bawang sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan air asam jawa, gula, dan garam.
  3. Dah cukup rasa, masukkan isi manggis. Dah siap!

Tadaaa! Dah siap rese[i air asam manggis ringkas kita! Menu ringkas ini sangat sedap untuk dimakan dengan nasi putih dan ikan bakar. Kalau ada buah manggis di rumah, anda boleh lah cuba resepi ini. Sangat mudah.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Rasyed Kader

Baca Juga: Bunyi Pelik Tapi Bila Cuba Sangat Padu! Ini Resepi Sambal Belacan Manggis! Pedas Dan Manis!

tags: |