Bila masak nasi untuk dimakan, kadang-kadang mesti ada yang terlebih masak, kan? Ada juga yang tak habis. Memang sayang sangat. Dari membazir, apa kata kita cuba sediakan keropok nasi?
Selalunya kita kenal dengan keropok lekor saja, kan? Tapi sebenarnya keropok nasi yang berasal dari negara Indonesia ini juga turut terkenal. Sangat mudah disediakan! Kalau anda nak cuba, jom baca resepi keropok nasi dari Qaseh E’zura Ramli. Sedap ini! Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Keropok Nasi
Bahan-Bahan
- 2 cawan nasi direndam selama 1 jam
- 3 cawan tepung ubi
- Sedikit garam
- 1 sudu secukup rasa
- Seulas bawang putih
- Pewarna makanan
Cara Penyediaan
- Kisar nasi yang direndam tadi dengan sedikit garam, secukup rasa dan bawang putih sehingga halus.
- Tuang dalam bekas dan masukkan tepung ubi untuk sebatikan sampai betul-betul tak melekat ditangan.
- Bila dah tak melekat, bahagikan beberapa doh untuk letakkan pewarna. Terpulang pada anda nak guna warna apa, kalau tak nak letak pewarna pun tak apa.
- Bulat-bulatkan jadi doh pangjang, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Asalkan boleh dihiris nanti.
- Bila dah siap buat gentel, panaskan air. Bila dah engelegak, letak 1 sudu minyak masak untuk rebuskan doh tadi. Bila doh dah terapung bermakna doh itu dah masak. Angkat dan toskan. Sejukkan.
- Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais semalam. Kalau buat malam, pagi esok dah boleh keluarkan dan terus dihiris. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
- Lepas itu, jemur di bawah matahari yang terik. Sudah kering boleh la digoreng seperti keropok biasa.
Jika ada nasi yang lebih, boleh lah anda gunakan untuk dijadikan keropok nasi. Jangan membazir. Resepi ini sesuai juga dijadikan snek. Bagi peminat keropok, memang wajib anda cuba resepi ini.
Selamat mencuba.
Kredit: Qaseh E’zura Ramli
Baca Juga: Tips Simpan Keropok Lekor Agar Tahan Lama, Rasa Masih Sedap Walau Selepas Berbulan-Bulan