Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan seorang agamawan dan ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Selain itu, beliau turut merupakan pegasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
(Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)
Berusia 52 tahun, siapa sangka beliau turut mempunyai resepi tersendiri yang ingin dikongsikan pada semua. Muncul di group Suami Masak Apa Hari Ini, beliau tidak keberatan untuk kongsikan resepi sambal nasi lemak ikan ayer olehnya. Rata-rata ramai yang teruja dan ingin mencuba resepi tersebut. Jom baca perkongsian penuh resepi ini.
Sangat mudah juga resepi sambal nasi lemak ikan ayer oleh beliau, kan? Tak perlukan bahan yang rumit, sekejap saja untuk menyediakannya. Bagi peminat nasi lemak, anda boleh cuba resepi ini. Selain perkongsian resepi, Mantan Menteri Agama itu turut berkongsi nasihat buat para suami yang perlu diamalkan.
Hidup rumahtangga ni kena saling bantu membantu suami isteri. Kerja rumah itu bukan kewajipan isteri tapi atas sifat ihsannya dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada isteri, isteri buat kebanyakan urusan tu.
Justeru, untuk bahagiakan isteri antaranya kita niat belajar memasak walaupun sikit. Insya-Allah berpahala. Bagus ada group macam ni. Sama-sama belajar masakan semua bangsa. Kita ringankan tugas isteri dan…biasanya kalau suami masak, kadang-kadang lagi sedap dari isteri masak! – Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Beliau juga memuji kewujudan group tersebut di Facebook yang menggalakkan para suami untuk belajar memasak bagi membantu para isteri di dapur. Semoga para suami dapat terus menjadi suami yang baik buat si isteri.
Perkongsian resepi sambal nasi lemak ikan ayer ini nampak menarik dan sedikit istimewa. Nanti boleh lah cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.
Kredit: Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri via Suami Masak Apa Hari Ini
Baca Juga: Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Ala Utara, Beraroma Dan Menyelerakan