Tauhu telur memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Berbeza dengan tauhu yang lain, rasa tauhu telur ini tidak terlalu masam dan tidak keras. Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal dan juga tauhu telur masak sup.
Resepi tauhu telur kali ini mudah dan tak susah pun. Nampak ringkas tapi sangat menyelerakan, ini resepi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie di Facebook yang berjaya mendapat 1.5K lebih share. Menu yang ringkas pun jagan kata tiada sambutan. Nak cuba? Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram
Bahan-Bahan
- 2 bungkus tauhu telur
- 1/2 brokoli
- 1/2 batang lobak merah
- 1 beg kecil cendawan tiram
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu sos tiram
- 1/2 kiub ikan bilis
- Sedikit tepung jagung (guna jenama ini)
- Semangkuk air
Cara-Cara Penyediaan
- Potong dan sediakan sayur-sayuran yang akan digoreng bersama tauhu telur nanti.
- Potong tauhu telur jangan terlalu nipis sangat. Hati-hati, tauhu telur ini mudah hancur. Selepas potong, salutkan tauhu telurdengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum digoreng supaya tidak hancur. Bila nak salut tepung ini kena hati-hati supaya tidak hancur.
- Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sehingga berubah warna perang kekuningan (pastikan minyak betul-betul panas). Jangan goreng terlalu lama.
- Siap goreng ketepikan dulu.
- Gunakan sedikit lebihan minyak goreng tauhu telur tadi, tumis bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan lobak merah, tumis sehingga bawang berubah warna.
- Masukkan 3 sudu sos tiram.
- Tambahkan semangkuk air.
- Masukkan 1/2 kiub ikan bilis, sedikit gram dan gula (jika perlu) secukup rasa. Pandai-pandai perasakan mengikut citarasa sendiri.
- Masukkan brokoli dan gaul sampai sebati.
- Masukkan cendawan tiram.
- Bila sayur dah masak elok, terus masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi.
- Jangan masak terlalu lama, kilas sekali dua dah boleh ditup api. Abang suka sayur yang tidak masak terlalu layu. Dah siap untuk dihidang.
Nampak sungguh menyelerakan resepi ini, kan? Rasa terliur pula bila baca. Walaupun resepi tauhu telur masak sos tiram ini mudah, tapi ianya tetap menjadi pilihan keluarga En Mohd Rozmie. Nanti bila anda cuba, keluarga anda pun mesti turut suka. Hari-hari minta masak nanti.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi mudah ini.
Kredit: Mohd Rozmie
Baca Juga: Serius Sedap Sangat, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti. Ini Dia Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah!