Umum mengetahui, KFC (Kentucky Fried Chicken) merupakan antara fast food restoran utama di Malaysia dan sangat digemari ramai. Dengan membuka restoran pertamanya di Salt Lake City, Amerika Syarikat pada tahun 1952, ianya telah mempunyai sebanyak 25,000 ribu cawangan di seluruh dunia. Di Malaysia, cawangan pertama KFC dibuka pada tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
(KFC pertama di Malaysia)
KFC merupakan antara syarikat makanan segera yang ternama dan dikenali seluruh dunia, namun kejayaan restoran itu semuanya bermula dari seorang individu yang bernama Harland David Sanders atau lebih dikenali ramai sebagai Colonel Sanders.
Namun tahukah anda kejayaan yang dinikmati oleh Colonel Sanders tidak datang dengan mudah dan mempunyai pelbagai rintangan dan kegagalan sebelum ini? Jom baca.
(Colonel Sanders)
Sanders dilahirkan pada 9 September, 1890 di Henryville, Indiana dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah memaksa beliau untuk memasak dan menjaga adik-adiknya apabila ibunya terpaksa berkerja untuk menjaga keluarga. Apabila usianya mencecah 7 tahun, beliau sudah mahir dalam memasak.
Dari situ, kehidupan Sanders mula mempunyai pelbagai cabaran. Pada usia 16 tahun, beliau telah berhenti persekolahan untuk mencari perkerjaan untuk menyara kehidupan. Berkerja pelbagai jenis perkerjaan seperti pembantu tukang besi, pencuci kereta api, seorang ahli bomba, namun beliau asyik gagal dalam segala perkerjaan yang dilakukan.
Bertemu dengan Josephine King dan berkahwin pada usianya 18 tahun, pasangan tersebut mempunyai seorang anak perempuan bernama Margaret. Namun, perkerjaan Sanders yang tidak menentu telah menjejaskan kebahagiaannya dan telah menyebabkan isterinya meninggalkannya bersama anak mereka. Kehilangan mereka telah menyebabkan Sanders murung dan kecewa dengan kehidupan.
Bergelut dengan kehilangan itu, Sanders bagaimanapun memilih untuk belajar mengenai undang-undang selama 3 tahun dan telah mampu menyara keluarganya. Namun, segala peluang dalam bidang undang-undang telah hilang apabila dia sendiri telah bertumbuk dengan kliennya di mahkamah. Pergaduhan tersebut menjejaskan reputasi beliau.
Setelah gagal sebagai seorang suami, ayah dan kehilangan perkerjaan, Sanders makin murung dan apabila usianya mencecah 65 tahun, beliau telah bersara dari segala perkerjaan. Namun begitu, beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan kehidupannya yang penuh kegagalan.
Pernah berazam untuk membunuh diri, Sanders tidak pernah melakukannya kerana kegagalan yang menghantuinya. Sebaliknya, dia mengambil kegagalan tersebut sebagai pendorong untuk mengejar kejayaan.
Dengan duit persaraan sebanyak 105 US Dollar yang beliau telah terima, Sanders membeli sebuah fryer dan mula membuat ayam goreng dengan resepi dari neneknya. Bermula dengan jualan dari pintu ke pintu, kini KFC telah mempunyai ribuan cawangan di 145 negara!
(Colonel Sanders)
Apabila Sanders berusia 88 tahun, beliau telah berjaya menjadi seorang Billionaire dan salah seorang individu ternama di seluruh dunia. Walaupun beliau telah meninggal pada tahun 1980, wajah dan legasi beliau masih lagi diingati.
Kisah hidup Colonel Sanders yang penuh rintangan tapi akhirnya menemui kejayaan menjadi insipirasi buat semua untuk tidak pernah berhenti berjuang dan mengejar kejayaan tak kira usia.
Kredit: KFC
Baca Juga: Eh, Sama La! Ini Dia Resepi Kentang Goncang Ala Extra Hot & Spicy KFC Yang Pedas Dan Sedap!