Bagi peminat KFC, semestinya anda sudah maklum yang KFC telah mengeluarkan kentang goncang pertamanya bersama keluaran menu terbaru ayam Extra Hot & Spicy. Kentang itu datang dengan paket perasa Extra Hot & Spicy dan anda boleh menaburkannya pada kentang dan goncang sepuasnya. Rasa dan aroma yang pedas memang sesuai buat peminat makanan pedas!
Tapi, buat anda yang ingin cuba buat kentang goncang yang sama dengan keluaran kentang terbaru dari KFC itu, boleh juga! Cuma baca dan ikuti resepi yang dikongsikan oleh Alif Iskandar di Facebook yang semestinya mudah.
Resepi Kentang Goncang Ala Extra Hot & Spicy KFC
Bahan-Bahan
- Gula
- Serbuk kari (guna jenama ini untuk rasa kari yang lebih kaw!)
- Serbuk cili
- Garam
- Kentang Goreng
Cara-Cara Penyediaan
- Masukkan gula, serbuk kari, serbuk cili dan garam ke dalam mangkuk. Gaul semuanya sehingga sebati.
- Gaul semuanya sehingga sebati dengan kasih sayang.
- Untuk gorengkan fries, anda boleh gunakan air fryer saja untuk mudah. Tetapkan suhu air fryer 180C dan goreng selama 10 minit.
- Masukkan fries yang dah siap digoreng ke dalam bekas penutup.
- Masukkan campuran tadi dan tutup bekas.
- Goncang campuran tadi sehingga semua fries bersalut dengan campuran.
- Dah siap untuk dihidang.
Rupanya mudah saja nak buat sendiri kentang goncang ini! Selepas ini, boleh lah buat banyak-banyak, baru lah puas hati. Kongsikan dengan keluarga mesti best, tak ada lah nak berebut-rebut kalau buat sendiri. Dan, dapat jimat duit pula tu. Memang berbaloi!
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini pada kawan-kawan yang ketagih dengan kentang goncang.
Kredit: Alif Iskandar
Baca Juga: Resepi Rahsia Kentang Goreng ‘Crunchy’, Buat Sendiri ‘Bebas’ Dari Kandungan Garam Tinggi