Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Rabokki Dengan Mudah. Semuanya Lengkap, Macam Berada Di Korea Pula!

Ini Cara Buat Rabokki Dengan Mudah. Semuanya Lengkap, Macam Berada Di Korea Pula!

Kategori: ,,
rabokki

Bagi peminat drama dan masakan Korea, Rabokki bukan lah makanan yang asing buat mereka. Bagi anda yang tidak tahu, Rabokki merupakan campuran tteokbokki dan mee segera. Merupakan antara street food yang terkenal di Korea, hidangan ini sangat enak dinikmati pada hari hujan.

Nak buat sendiri sebenarnya tak susah pun. Kalau anda nak tahu, boleh ikuti resepi Rabokki yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Memang mudah sahaja. Jom baca perkongsian penuh olehnya.

Resepi Rabokki (Tteokbokki + Ramen) Yang Mudah

Bahan-Bahan

Bahan Campuran Pes Cili

  • 2 sudu makan pes gochujang
  • 1 sudu makan serbuk gochugaru
  • 1 sudu besar gula putih atau madu
  • 3 sudu besar kicap cair

Cara Penyediaan

  1. Kacaukan semua bahan campuran pes cili sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih.
  3. Masukkan beberapa ketul kek beras korea dan biarkan seketika.
  4. Kemudian, tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea yang telah dikacau tadi.
  5. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  6. Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera. Tambahkan sosej.
  7. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia untuk dinikmati.

rabokki

rabokki

rabokki

rabokki

Tengok gambar pun dah rasa teringin dengan Rabokki. Bila tengok resepi ini, nampak mudah sahaja rupanya. Sememangnya kena dengan selera bila dinikmati bila hari hujan lebat. Memang layan la!

Selamat mencuba resepi yang sedap ini.

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca Juga: Ini Cara Mudah Buat Sundubu Jjigae @ Tofu Beef Stew Korea Sendiri Di Rumah, Memang Sama Macam Di Dubuyo!

tags: |