Tart merupakan makanan atau hidangan yang sangat terkenal di Hong Kong dan negara Asia yang lain. Terdapat pelbagai jenis tart antaranya adalah Cheese Tart, Cadburry Tart, Hazel Swiss Tart dan Lotus Biscoff Tart. Antara tart yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Tart Telur.
Rasa Tart Telur ini memang sangat sedap dan amat sesuai dengan mulut orang Asean seperti rakyat Malaysia khususnya. Nak cuba buat Tart Telur? Jom kita ikuti cara mudah yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ini.
Resepi Tart Telur Yang Gebu & Crunchy!
Bahan-bahan:
- 150 gm butter
- 1/2 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur gred A
- 1 sdt esen vanila | optional
- 2 cawan tepung gandum *
- 2 sdb tepung jagung *
* Bahan-bahan bertanda * diayak
Bahan Flling Telur:
- 6 biji telur gred A
- 1 cawan gula kastor
- 1 sdt esen vanila
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air panas
- Pewarna kuning | optional
Cara Penyediaan:
- Untuk shell tart, kacau butter dan gula dengan senduk kayu/spatula sehingga sebati.
- Campur telur dan esen vanila. Kacau lagi sehingga sedikit kembang.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
- Untuk filling telur, sementara doh direhatkan. Kita buat intinya dahulu. Satukan telur, gula, esen vanilla, susu cair dan pewarna kuning.
- Kacau dengan whisk hingga sebati.
- Tuangkan air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan .
- Keluarkan doh. Canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminum mini. Tekan dan kemaskan. Tuang filling hingga penuh.
- Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanasakan pada suhu 150C selama 35-45 minit atau sehingga masak. Api bawah sahaja. Bergantung pada suhu oven masing-masing juga.
- Sejukkan dahulu dan baru keluarkan dari acuan.
- Siap untuk dimakan.
Mudah sahaja kan nak buat Tart Telur ini. Bahan yang digunakan pun bahan yang ada banyak dijual di pasaran. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom lah kita membaking sekarang. Jangan lupa juga untuk kongsikan kepada kenalan anda ya!
Selamat mencuba!
Kredit: Nor Al Fatihah Via BIKMM
Baca juga: Cara Buat Biskut Swiss Tart Yang Comel & Sedap, Guna Acuan Semperit Je