Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Viral Cheese Tart Lotus Biscoff Leleh, Sekali Cuba Mesti Nak Lagi!

Resepi Viral Cheese Tart Lotus Biscoff Leleh, Sekali Cuba Mesti Nak Lagi!

Kategori: ,
thumnail biscoff

Resepi viral cheese tart biscoff leleh ini sangat sedap kalau dibuat juadah petang bersama seisi keluarga. Dengan adanya cheese filling yang lazat ditambah lagi dengan shell tart yang lembut dan rangup. Bagi yang sukakan cheese memang wajib cuba resepi ini.

Untuk tahu lebih lanjut cara membuatnya, jom ikuti perkongsian resepi daripada Sue Yusoff yang berkongsi bahan dan cara membuat cheese tart lotus biscoff leleh.

Resepi Cheese Tart Lotus Biscoff Leleh

Resepi ini boleh dapat 50 biji cheese tart lotus leleh yang bersaiz 4.5cm.

Resepi Shell Tart:

Bahan-bahan:

  • 250gm butter suhu bilik
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula ising
  • 400-450gm tepung gandum
  • 50gm conflakes kisar halus
  • Sedikit esen vanilla
  • 1sb air sejuk peti ais

Cara-cara:

  1. Mix butter dan gula ising hingga sebati.
    Nota kecil: Boleh guna spatula.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan conflakes serta air sejuk uli sehingga menjadi doh.
  4. Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm, cucuk-cucuk dasar doh dengan garfu.
  5. Bakar pada suhu 170 celcius, api atas bawah 20-25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
    Nota kecil: Resepi ini akan dapat 80-100 biji shell tart.

Resepi Cheese Tart Lotus Biscoff Leleh

Bahan-bahan ‘Cheese Filling’:

  • 500gm cream cheese (masih sejuk lagi tapi dah lembut)
  • 100gm gula ising/gula pasir dikisar.
  • 30gm butter suhu bilik.
  • 1 biji kuning telur (kuning sahaja)
  • 1 sudu makan lemon juice (optional, kalau letak lagi sedap)

Bahan-bahan ‘Hiasan’:

  • 1 botol lotus biscoff spread (190gm crunchy)
  • 5-6 keping lotus biscoff cookies (dijadikan crumbs)

Cara-cara: 

  1. Cream cheese yang masih sejuk tapi dah lembut (supaya cream cheese cantik tak berketul-ketul)
  2. Putar cream cheese dan gula ising, pastikan takde ketulan-ketulan, tapi jangan mix terlalu lama cheese akan jadi cair, tak boleh dipaip bukit-bukit nanti.
  3. Masukkan butter, kuning telur dan lemon juice. Mix sebati dan nampak berkrim.
  4. Susun tart shell dalam tray, letak biscoff spread sikit dalam tart shell. Masukkan filling ke dalam piping beg dan paipkan filling ke dalam tart shell, bakar suhu 170 celcius sekejap dalam 5 – 7 minit.
    Nota kecil: Bila sentuh cream cheese tak lekat kat jari dah okay. Jangan terlebih bakar nanti cream cheese merekah tak cantik.biscoff 3
  5. Ambik 5 sudu makan biscoff spread letak dalam mangkuk, panaskan dalam microwave 20 saat bagi cair.
  6. Kemudian, masukkan dalam piping bag atau sudukan keatas tart yang dah masak tadi, dan tabur dengan biscoff crumbs. Sejukkan dalam fridge 4-5 jam sebelum dihidangkan.biscoff 2biscoff 1

Nanti anda semua bolehlah cuba resepi cheese tart lotus biscoff leleh ini. Bukan hanya setakat jimat, malah buat sendiri lagi puas hati bila makan. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba, boleh ikuti resepi yang telah disediakan ini.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: Sue Yusoff

Baca juga: Resepi Cheese Tart Buncit Yang ‘Viral’, Memang Nikmat Sangat Sesuai Untuk Penggemar Cheese

tags: | | | |