Setiap orang mempunyai selera masing-masing. Hakikatnya, apa kita suka tak semestinya sama dengan citarasa orang lain. Jadi, jangan mudah kecewa jika tak semua orang suka dengan masakan kita.
Lebih-lebih lagi buat sesiapa yang meniaga makanan, agak sukar untuk memenuhi citarasa pelanggan yang berbagai-bagai. Ada yang suka ini, ada yang suka itu. Tak mudah sebenarnya nak melayan kerenah dan permintaan mereka.
Maklumlah, pelanggan bila tidak berpuas hati, macam-macam boleh dilakukan. Selalunya, mereka akan ke laman sosial untuk mengadu mengenai makanan yang dibeli sehingga boleh menjejaskan perniagaan seseorang.
Perkara sama terjadi di Facebook apabila seorang wanita mengadu mengenai laksa yang dibeli olehnya. Tidak suka dengan rasanya yang manis, wanita itu akhirnya membuangnya di dalam sinki.
Kalau mahal ,sis byar je,kalau sikit sis beli dua bungkus,tpi sis pantang kalau laksa kuah rse manis…ape ke jadahhh nye…,haaa situ tmpt dia..,nie bkn buang …nie jdi lunch utk si angsa jiran sis…rezeki angsa mkan laksa hri nie.
Menurut gambar yang dimuat turun tersebut, wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan laksa yang dibeli olehnya. Pantang dengan kuah laksa tersebut yang dikatakan terlalu manis untuk citarasanya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membuang laksa dan berikannya pada angsa jiran.
Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang menasihati wanita itu untuk tidak terlalu memilih makanan kerana ia merupakan sesuatu yang tidak elok untuk dilakukan. Maklumlah, ianya rezeki dan seolah-olah tidak menghargai penat lelah peniaga untuk memasak pesanannya.
Malah, ada beberapa individu yang menasihati wanita itu untuk tidak terlalu negatif dan bertindak seperti itu. Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing, resepi tersendiri.
Meskipun sesuatu masakan itu tidak kena dengan citarasa kita, tidak perlu lah kita mengecamnya secara berlebihan. Jika masih lagi boleh diterima dan dibaiki, terima lah dengan seadanya. Lain kali boleh lagi cuba masakan kedai lain, mana lah tahu kena dengan selera.
Kredit: Liza Zaza via MATJHN Official
Baca Juga: “Allahu, Kesian Pulak Tengok..” Angkara Tersalah Beli Baking Tray, Warganet Sarankan Wanita Ini..