Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Foodpanda Ini Berjaya Mendapat PhD, Turut Kongsi Pengalaman Paling “Pelik” Ketika Menghantar Makanan!

Rider Foodpanda Ini Berjaya Mendapat PhD, Turut Kongsi Pengalaman Paling “Pelik” Ketika Menghantar Makanan!

Kategori:
phd

Perjalanan untuk memperolehi Ijazah Kedoktoran (PhD) bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sekadar menghadap buku dan belajar, ia memerlukan masa dan pengorbanan yang besar untuk memperolehi sijil tersebut.

Meskipun ramai diantara kita telah menyambung pengajian sehingga ke tahap PhD, namun, tak semua orang mampu untuk menghabiskan PhD mereka. Ini kerana ia mempunyai tekanan yang tinggi serta memerlukan banyak masa. Malah, ada juga individu yang memerlukan masa 7 sehingga 10 tahun untuk menghabiskan PhD mereka.

Walaupun perit, hasilnya sangat berbaloi dan memuaskan. Kisah di sebalik kejayaan PhD itu boleh menjadi pencetus semangat buat ramai. Seperti kisah seorang rider Foodpanda yang berjaya menghabiskan PhDnya dalam masa 4 tahun sahaja walaupun berkerja sebagai penghantar makanan!

PHD 6

(Gambar hiasan, sumber: HypeMY)

4 Tahun Sahaja Dah Dapat Phd Walaupun Berkerja Sebagai Penghantar Makanan!

Perkerjaan sebagai seorang rider untuk Foodpanda tidak pernah menjadi penghalang untuk Mohd Akmal untuk terus gigih dan berdedikasi menghabiskan PhD dengan penuh jaya.

Berusia 36 tahun dan telah berkeluarga, beliau telah meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Pahang dan berjaya mendapat PhD dalam bidang Pharmaceutical Technology.

PHD

Bangga dengan kejayaannya yang datang tidak bergolek, dia telah memuat turun gambar PhD tesis olehnya di akaun Facebooknya.

Kejayaan yang dinikmati sekarang datang dari Tuhan dan doa serta pengorbanan oleh keluarganya yang sedia memahami kehidupannya sebagai seorang pelajar. Tanpa mereka, dia tidak mampu mengharungi perjalanan PhD yang penuh dengan liku dan duri.

Kerjaya Sebagai Rider Foodpanda Memberi Manfaat

Ramai yang beranggapan negatif terhadap mereka yang berkerja sebagai penghantar makanan, namun menurut Mohd Akmal, perkerjaannya sebagai seorang rider foodpanda memberi banyak manfaat buatnya.

PHD

(Mohd Akmal, gambar dari Facebook)

Bukan sekadar tempat untuk memperolehi rezeki, perkerjaan sebagai rider secara sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah banyak mengajarnya tentang soft skills, cara berkomunikasi selain banyak membantu memupuk sifat sabar dan kemahiran pengurusan masa.

“Sebenarnya, Rakyat Malaysia Sangat Pemurah..”

Dalam satu temubual bersama Fly Fm, Mohd Akmal turut kongsikan pengalamannya sebagai seorang rider Foodpanda.

Apabila ditanya oleh pihak radio mengenai pengalaman pelik yang pernah dialami sejak menjadi seorang rider, dia bagaimanapun membalas bahawa kerja sepenuh masa sebagai penghantar makanan telah membuka mata bahawa rakyat Malaysia sangat pemurah.

Jelasnya, bila menghantar makanan, dia selalu mendapat tips oleh pelanggan. Malah, ada juga pelanggan yang pernah memesan makanan hanya untuk diberi padanya.

Tahniah Mohd Akmal! Kisahnya menjadi inspirasi buat kita semua untuk teruskan perjuangan meskipun memerlukan banyak penggorbanan. Lain kali bila jumpa abang riders, jangan terus pandang negatif. Boleh jadi mereka memiliki PhD.

Kredit: Mohd Akmal, Fly FM

Baca Juga: Terlampau Banyak Pesanan, Rider Foodpanda Ini Turun Padang Tebar Roti Canai

tags: |