Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Perasaan Time Tu Hanya Tuhan Saja Yang Tahu..” Seharian Berkerja, Abang Foodpanda Ini Dapat ‘Kejutan’ Pula.

“Perasaan Time Tu Hanya Tuhan Saja Yang Tahu..” Seharian Berkerja, Abang Foodpanda Ini Dapat ‘Kejutan’ Pula.

Kategori:
kejutan

Kerja menghantar makanan bukan lah sesuatu yang mudah. Dengan pesanan yang datang dari pelanggan tanpa henti dan tidak mengira waktu, seharusnya kita lebih menghormati dan menghargai para food riders di negara ini. Malah, mereka juga berdepan dengan pelbagai risiko di jalan raya semata-mata untuk mencari rezeki.

kejutan

Di laman sosial, pelbagai pengalaman pahit yang telah dikongsikan oleh food riders ketika bertugas. Namun, di sebalik kisah-kisah pahit, ada juga yang berkongsi pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Seperti yang dikongsikan oleh Daniel Faez di Facebook, seharian berkerja sebagai food rider untuk Foodpanda, dia tak sangka menerima sebuah kejutan istimewa dari seorang pelanggannya.

Syukur Sangat Dan Berterima Kasih Kepada Customer

baru sampai vendor utk pickup tiba ii dapat satu chat dari customer yang dia orderkan makanan tu utk saya…8 ketul ayam and nasi berserta air ice lemon tea, alhamdulillah syukur sangat and berterima kasih kepada customer yg orderkan makanan ni utk saya…perasaan time tu hanya tuhan saja yg tahu, apepun doakan beliau semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang berganda.

terima kasih cust bella zulmi atas pemberian rezeki yg dikongsikan saya amat bersyukur dan menghargai atas pemberianmu.

kejutankejutan

Dikongsikan di group Foodpanda Rider Malaysia, lelaki itu berasa terharu dengan pesanan yang diterima oleh pelanggan. Bukan pesanan yang biasa, ia merupakan pesanan yang dipesan khas untuk rider tersebut.

Pelanggan yang dikenali sebagai Bella Zulmi telah memesan 8 ketul ayam berserta nasi dan air ice lemon tea untuk diberikan kepada lelaki itu.

Terharu dengan pemberian tersebut, lelaki itu berasa sangat berterima kasih pada individu tersebut dan mendoakannya dimurahkan rezeki selalu.

Moga Dimurahkan Rezeki Selalu.

Menjengah di ruangan komen, warganet juga tampil untuk mendoakan yang terbaik buat kedua-dua mereka. Malah, ada juga yang memuji pertuturan kedua-duanya sangat lembut dan sopan santun bila berurusan.

kejutan

kejutan

Sangat bertuah abang Foodpanda ini, kan? Seharian penat lelah berkerja untuk mencari rezeki, siapa sangka terselit kejutan istimewa buatnya. Sikap cik Bella Zulmi turut dipuji kerana bermurah hati untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang penat lelah berkerja.

Meskipun kita tidak mampu, kita juga boleh mendoakan supaya mereka sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki.

Kredit: Daniel Faez via Foodpanda Rider Malaysia

Baca Juga: Dari Travel Agency Kepada Rider Foodpanda, Awek Cari Lelaki Lain Sebab Tak Nak Hidup Susah

tags: | |