Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Lepat Pisang, Sarapan Pagi Klasik Yang Masih Menjadi Kesukaan Rakyat Malaysia

Ini Resepi Lepat Pisang, Sarapan Pagi Klasik Yang Masih Menjadi Kesukaan Rakyat Malaysia

Kategori: ,
lepat pisang

Kuih lepat pisang merupakan antara pencuci mulut dahulu yang masih lagi digemari oleh rakyat Malaysia. Meskipun terdapat pelbagai jenis pencuci mulut akhir-akhir ini yang viral di media sosial, populariti lepat pisang masih lagi tidak boleh ditandingi.

Selain sebagai pencuci mulut, lepat pisang sering dinikmati untuk sarapan pagi. Ia selalunya diperbuat daripada beberapa bahan seperti pisang, tepung beras, gula, esen vanila, gula dan daun pisang sebagai pembalut. Anda juga tidak memerlukan oven untuk memasak kuih ini kerana ia dimasak dengan teknik mengukus.

Nak tahu cara paling mudah untuk menyediakan lepat pisang di rumah? Jom baca perkongsian oleh Ummi AtiyahAtif’s Kitchen.

Resepi Lepat Pisang

Bahan-Bahan

  • 15 biji pisang emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Daun pisang (layurkan sekejap atas api dan ptong selebar tapak tangan)

Cara Penyediaan

  1. Lenyekkan pisang (tak perlu terlalu halus). Masukkan gula dan garam dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata.
  3. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang
  4. Kemudian, lipat dan buat hingga habis.
  5. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  6. Kukus selama 12 atau 15 minit atau sehingga adunan masak.
  7. Siap untuk dinikmati.

 Mudah sahaja untuk menyediakan hidangan ini, kan? Nampak mudah dan sesuai untuk dinikmati sebagai sarapan pagi. Jadi tak hairan kenapa ia masih lagi terkenal sehingga ke hari ini. Memang kena dengan selera jika dinikmati bersama air teh panas di pagi hari.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Baca Juga: Pencuci Mulut Paling Legend & Paling Sedap Di Dunia, Ini Dia Cara Terbaik Buat Pengat Durian

tags: |