Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Puding Roti Guna Roti Pandan Gardenia Yang Viral. Tak Rugi Cuba, Anak-Anak Mesti Suka!

Ini Cara Buat Puding Roti Guna Roti Pandan Gardenia Yang Viral. Tak Rugi Cuba, Anak-Anak Mesti Suka!

Kategori: ,

Puding roti merupakan antara pencuci mulut yang sedap dan mudah untuk disediakan, sesiapa boleh cuba. Malah, terdapat pelbagai resepi puding roti yang anda boleh cuba.

Namun, sekali sekala kita cuba resepi puding roti pandan yang menggunakan roti pandan viral dari Gardenia. Rasanya mesti lebih istimewa dan berbeza dari puding roti yang biasa.

Nak tahu cara mudah untuk menyediakkannya? Jom baca resepi yang mudah ini yang dikongsikan oleh Rozita Daud.

Resepi Puding Roti Pandan Viral

Bahan-Bahan

  • 7 keping roti pandan gardenia
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 kotak santan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 9 gram agar-agar tali
  • 700ml air masak
  • 3 senduk nasi gula pasir

Cara Penyediaan

  1. Letakkan tepung jagung, santan, telur dan sedikit garam dalam bekas dan gaul sehingga rata. Jangan sampai ada ketul-ketul tepung jagung dan biarkan seketika.
  2. Ambilkan roti pandan dan potong tepi. Tepi jangan dibuang. Kisar kering untuk dijadikan bahan hiasan nanti.
  3. Untuk larutkan agar-agar, panaskan air. Letakkan agar-gar dan gula pasir. Kacau sehingga larut dan masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi.
  4. Masak sehingga kilat, kena selalu kacau untuk elakkan puding berketul-ketul.
  5. Ambil loyang dan letakkan campuran puding dalam bekas tersebut. Letakkan kepingan roti.
  6. Tuangkan campuran puding selebihnya untuk tutup roti.
  7. Taburkan serbuk tepi roti yang dikisar tadi dan letakkan puding dalam peti ais untuk sejukkan.
  8. Bila puding sudah mengeras, keluarkan dari peti ais dan siap untuk dinikmati.

Puding roti pandan ini mudah sahaja untuk disediakan. Nanti kalau ada lebihan roti pandan Gardenia, boleh lah cuba resepi ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Rozita Daud

Baca Juga: Pencuci Mulut Paling Legend & Paling Sedap Di Dunia, Ini Dia Cara Terbaik Buat Pengat Durian

 

tags: |