Sotong bakar portugis antara menu yang digemari oleh ramai orang. Menu ini sangat mudah dan sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Aroma baunya mampu memikat hati si suami.
Cuba lihat resepi ini yang dikongsi oleh Resepi Atie Jumaat dan enjoy menu ini dengan kawan kawan dan keluarga anda, sangat sesuai untuk makan tengah hari tau. Selamat mencuba!
Resepi Sotong Bakar Portugis Yang Mudah Serta Sedap
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Sotong besar 5 ekor (potong 4)
- Minyak bawang putih 4 sudu besar
- Kacang Bendi (hiris)
- Daun limau purut (hiris halus)
- Gula perang 1 sudu besar
- Garam
BAHAN KISAR (KISAR HALUS SEMUA)
- Lada merah 7 tangkai
- Cili padi merah 6 tangkai
- Bawang besar 2 biji
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci
- Kunyit hidup 1 inci
- Serai 1 batang
- Tomato 1 biji
CARA PENYEDIAAN
- Ambik bawang putih 6 biji. Ketuk-ketuk cincang kasar-kasar kemudian panaskan minyak dalam 4 sudu besar minyak. Goreng bawang sampai kekuningan. Kemudian, angkat dan sejukkan dengan minyak sekali.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Padamkan api. Masukkan sotong. Gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam aliminium foil. Tutup dan bakar dalam oven selama 15 minit.
- Kemudian koyakkan aliminium foil, masukkan kacang bendi. Masak sekejap je.
- Bila dah masak, curahkan minyak bawang putih dan taburkan daun limau purut yg telah dihiris. Siap untuk dihidang
Mudah kan? Sotong bakar portugis ini memang sangat menarik, makan bersama nasi putih tentu sedap. Rencahnya lebih kurang macam nak masak rendang je cuma tak letak santan. Lepas ni korang boleh la cuba dengan ikan atau udang pulak.
Selamat mencuba!
Kredit resepi dan foto: Atie Jumaat
Baca Juga: Resepi Sotong Bakar Thailand Yang Menyelerakan, Tak Cukup Sepinggan! Cuba Mesti Nak Lagi.