Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rambutan Boleh Dijadikan Sambal, Ini Cara Buat Sambal Rambutan Yang Sedap Dan Mudah

Rambutan Boleh Dijadikan Sambal, Ini Cara Buat Sambal Rambutan Yang Sedap Dan Mudah

Kategori: ,
sambal rambutan

Ramai yang menggemari buah rambutan tapi ramai yang tidak tahu rambutan ini bukan sahaja boleh makan begitu saja atau dibuat air jus malah boleh juga dibuat sambal.

Sambal rambutan lengkap dengan rasa manis dan pedas. Serta ada rasa lemak bawang putih dan ikan bilis. Kalau ada banyak rambutan di rumah anda, boleh cuba resepi sambal rambutan yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Sambal Rambutan Yang Sedap Dan Mudah

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 25 biji rambutan
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah(kecil)
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Buang biji rambutan dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari, atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.
  2. Potong cili macam ni. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Apa nama penggesek cili tu? Nama dia cobek!
  3. Tumis cili, bawang merah dan bawang putih sampai bahan-bahan ni jadi lembut dan wangi. Guna api sederhana supaya tak geseng luarnya.
  4. OK ini ikan bilis! Kita kena goreng sampai garing. Jadi kena cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum goreng. Barulah boleh garing dan rangup. OK, campak sekali dalam kuali dengan cili.
  5. Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ini. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup.
  6. Kemudian, kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek. Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.
  7. Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dan mengancam sebenarnya, tapi hero kita hari ini adalah rambutan. Jadi harap bersabar!
  8. Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bils saya tak masin, jadi kena tambah garam.
  9. Letak sedikit garam, letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami. Baru sedap!
  10. Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, sempat tambah cili padi lagi.
  11. Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun OK. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun OK!

Nampak menyelerakan, bukan? Sambal rambutan ini agak ‘rare’ tapi ianya kelihatan amat sedap dan memikat hati. Cara penyediaannya pun amat mudah. Kalau korang dah puas makan rambutan sahaja dan buat air minuman, anda boleh cuba buat sambal rambutan ni di rumah.

Selamat mencuba!

Kredit foto dan resepi: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca Juga: Resepi Jem Buah Rambutan Yang Sedap, Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

tags: | |