Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Jem Buah Rambutan Yang Sedap, Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

Resepi Jem Buah Rambutan Yang Sedap, Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!

Kategori: ,
thumnail buah rambutan

Jem buah rambutan? Mesti ramai yang tak tahu rambutan bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, tetapi boleh juga menghasilkan pelbagai jenis masakan. Seperti boleh dibuat pajeri rambutan, kari rambutan dan boleh juga dibuat jem rambutan.

Untuk mengetahui resepi jem rambutan yang menggunakan hanya 2 bahan sahaja, anda boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh CT Liz ini. Memang sangat mudah!

Resepi Jem Buah Rambutan

Bahan-bahan:

  • Rambutan
  • Gula batu

Cara-cara:

  1. Kupas rambutan dan hiris isi putih rambutan, jangan terkena biji (asingkan biji)jem rambutan6jem rambutan7
  2. Kisar kasar isi yang dihiris tadi separuh hancur tanpa air.
  3. Kemudian masukkan dalam kuali isi yang dikisar.
  4. Masukkan gula batu mengikut tahap manis yang diinginkan
  5. Masak atas api yang kecil sehingga pekat.jem rambutan7jem rambutan5
  6. Siap.jem rambutan3jem rambutan2

Jem buah rambutan ini boleh disapu pada roti atau biskut. Malah, boleh juga dibuat kuih tart untuk gantikan jem nenas kepada jem rambutan. Jadi tunggu apa lagi, pelbagaikan cara makan anda bila tibanya musim buah rambutan nanti!

Selamat Mencuba!

Kredit: CT Liz

Baca juga: Lelaki Ini Dedah Rambutan Goreng Lebih Sedap & Beraroma, Bijinya Juga Lebih Mudah Tertanggal!

 

tags: | | | |