Sejak mendapat populariti, makanan Korea sudah mudah didapati. Malah ada rakyat Malaysia yang telah mampu menamakan segala jenis hidangan dari negara Korea.
Namun begitu, masih ramai yang terkeliru dengan pelbagai jenis hidangan Korea. Contohnya adalah Kimchi. Ramai yang mengenali Kimchi Jjigae, tapi bagaimana pula dengan Kimchi Sujebi? Lain dari yang lain, Kimchi Sujebi adalah sup kaldu dan pangsit.
Nak tahu cara mudah untuk menyediakannya? Jom baca perkongsian resepi mudah ini oleh Sharinaz Redwan.
Resepi Kimchi Sujebi
Bahan-Bahan
- 2 cawan all purpose flour atau wholemeal flour
- 1 sudu besar minyak zaitun (atau boleh guna minyak ini)
- 1 sudu besar ikan bilis (dikopek)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 cawan kimchi (ambil jus dia dalam 2 sudu besar)
- 1 peket tauhu lembut
- 1 sudu besar gochujang
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Sedikit garam
- Sawi
- Cendawan tiram atau enoki
- 1 biji telur
- Sedikit daun bawang
- Rumpai kering
- Air secukupnya
Cara Penyediaan
- Campurkan tepung, minyak zaitun dan air secukupnya dalam mangkuk. Uli sampai jadi doh. Tutup dan masukkan dalam peti ais sekejap.
- Sementara itu untuk kuah, masukkan dalam 4 cawan air, ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan kimchi dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan mendidih selama 10 minit dengan api sederhana. Selepas itu, perlahankan api dan didih lagi 10 minit.
- Masukkan tauhu, cendawan, sawi, gochujang dan garam.
- Keluarkan doh tepung tadi, tarik sikit-sikit dan gentel bagi nipis. Terus masukkan dalam periuk yang tengah menggelegak, api masih perlahan ya.
- Dah siap, tutup periuk dan boil kejap dalam beberapa minit sampai doh tadi masak.
- Last sekali, masukkan daun bawang, rumpai kering, minyak bijan dan pecah telur sebiji. Sudah siap!
Mudah sahaja untuk menyediakan Kimchi Sujebi ini, kan? Sesuai sangat untuk dinikmati masa musim hujan. Nikmati ketika masih panas-panas memang pergh!
Selamat mencuba.
Kredit: Sharinaz Redwan
Baca Juga: Ini Cara Untuk Sediakan Japchae Korea Yang Sedap & Mudah. Peminat K-Drama Wajib Cuba!