Setiap pelanggan perlu dilayan dengan sama rata dan baik, tak kira apa jua status mereka. Ini bukan sahaja dapat membina imej yang baik buat sesebuah perniagaan tapi juga bagi memastikan pelanggan tidak kecewa dengan layanan yang diberikan.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita ‘istimewa’, aira_meor, meluahkan rasa kecewanya dengan pihak KFC dan staffnya di laman TikTok.
Wanita itu yang merupakan seorang insan istimewa kerana pekak bisu, pergi ke restoran makanan segera untuk memesan makanan di pandu lalu tetapi dirinya diminta oleh pekerja untuk masuk ke dalam restoran untuk membuat pesanannya.
Meskipun sebelum ini pengalamannya lebih nyaman kerana berurusan dengan pekerja yang lebih memahami, kali ini lain pula yang terjadi kerana pekerja yang terlibat tidak boleh mengambil pesanan melalui ‘screen’ sedangkan sebelum ini boleh.
Kecewa kerana dinafikan haknya, wanita itu memilih untuk berlapar dan tidak akur dengan arahan pihak KFC. Menahan sebak, dia akhirnya memilih untuk meluahkan rasa kecewanya di TikTok dengan mengharapkan akan ada penambaikan dari pihak restoran itu.
@aira_meor Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness
@aira_meor Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness ♬ Sadness – Official Sound Studio
Memandang serius akan luahan tersebut, pihak KFC sedia maklum dengan apa yang terjadi. Memohon maaf kepada wanita itu, pihaknya memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil.
Namun, orang ramai masih lagi tidak berpuas hati dengan respon pihak KFC dan memohon pencerahan lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Di ruangan komen, warganet turut mendesak agar bahasa isyarat diperkenalkan di sekolah sebagai subjek diwajibkan seperti negara lain. Ini bagi memudahkan komunikasi dengan insan istimewa.
Semoga orang ramai mengambil pengajaran dari apa yang terjadi. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan semua insan berhak dilayani dengan sama rata dan tidak dinafikan hak mereka.
Kredit: TikTok aira_meor