Nasi goreng merupakan kegemaran ramai. Boleh dinikmati untuk sarapan pagi atau makan malam, terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Bagi anda yang bosan dengan nasi yang disulam dengan lauk tapi masih mahu menikmati sepinggan nasi, boleh lah memasak nasi goreng.
Antara aneka nasi goreng yang terkenal adalah nasi goreng kampung. Jadi bagi anda yang ingin menyediakannya, jom cuba resepi mudah ini. Nak tahu? Jom baca perkongsian resepi ini dengan lebih lanjut.
Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Simple Tapi Sedap
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Tumbuk
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Belacan
- Sedikit ikan bilis
- 10 tangkal cili api
Bahan-Bahan Untuk Nasi
- 6 cawan nasi
- 5 biji telur
- 1 ikat kangkung
- ikan bilis (digoreng)
- Garam
- Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Tumbuk kesemua bahan tumbuk, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
- Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur. Bila telur dah agak nak garing, kacaukan sehingga sebati. Ketika ini, boleh masukkan garam.
- Kemudian, masukkan nasi dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan kangkung, gaulkan kesemua bahan. Gorengkan dengan api yang kuat.
- Nasi goreng dan siap, boleh basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian, goreng sehingga garing.
- Hidangkan nasi goreng bersama ikan bilis yang telah digoreng. Siap untuk dinikmati.
Mudah sahaja untuk menyediakan nasi goreng kampung ini, kan? Tengok gambarnya pun dah rasa berselera, tak sabar rasa nak cuba. Tunggu apa lagi? Jom memasak sekarang.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Siti Hawa Abdul Aziz
Baca Juga: Tukar Selera, Jom Cuba Resepi Bubur Nasi Berlauk Di Rumah! Mudah Dan Enak!