Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Ayam Tikka Masala Yang Berempah & Berkrim, Puas Hati Bila Dinikmati

Jom Cuba Ayam Tikka Masala Yang Berempah & Berkrim, Puas Hati Bila Dinikmati

Kategori: ,
AYAM TIKKA MASALA

Ayam Tikka Masala merupakan masakan yang sangat dikenali oleh penggemar masakan India. Namun begitu, rakyat British mendakwa hidangan tersebut berasal dari negara mereka oleh kerana ia dicipta oleh immigran India.

Penuh rempah dan berkrim, tak hairan mengapa ianya sungguh enak. Jadi bagi anda yang ingin mencuba resepi ayam tikka masala, boleh lah ikuti resepi mudah yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Jom baca perkongsiannya.

Resepi Ayam Tikka Masala

Bahan-Bahan

  • 500g isi ayam
  • 100ml yogurt
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu pes atau puri tomato
  • 100ml heavy cream
  • 1 tangkai ketumbar
  • Garam secukup rasa

AYAM TIKKA MASALA

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan ayam bersama separuh sukatan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, garam dan yogurt. Masukkan di dalam peti ais di bahagian chiller dan perap selama 2 hingga 3 jam. AYAM TIKKA MASALA AYAM TIKKA MASALA
  2. Panaskan minyak dan sedia untuk layurkan isi ayam atas kuali. AYAM TIKKA MASALA
  3. Layurkan isi ayam sampai jadi perang. AYAM TIKKA MASALA
  4. Apabila ayam sudah perang, boleh angkat. AYAM TIKKA MASALA
  5. Cincang bawang besar, bawang putih dan halia. AYAM TIKKA MASALA
  6. Tumis sampai layu dan harum baunya. AYAM TIKKA MASALA
  7. Masukkan rempah serbuk yang sama macam kita letak dalam perapan tadi. Tumis sampai rempah betul-betul masak. AYAM TIKKA MASALA
  8. Kemudian letakkan pes atau puri tomato. Jaga-jaga kalau pakai pes, kadang-kadang masam sangat. Jadi, letak sedikit dahulu. Kalau perlu nanti boleh lah tambah. Lepas letak pes tomato, tambah air dan reneh. AYAM TIKKA MASALA
  9. Warna dah cantik, kita tuang heavy cream. Nak tukar ke whippung cream atau cooking cream terpulang pada kalian. AYAM TIKKA MASALA
  10. Kemudian, letakkan ayam. Jangan risau jika lihat masakan kita warnanya pucat macam ini. Rileks dan sambung mereneh lagi 10 minit.  AYAM TIKKA MASALA
  11. Taburkan daun ketumbar yang dicincang. Gaulkan dan dah siap untuk dihidang. AYAM TIKKA MASALA AYAM TIKKA MASALA

Ayam Tikka Masala ini nampak sungguh menyelerakan. Selain enak untuk dinikmati dengan sepinggan nasi, ianya juga sesuai digandingkan bersama roti naan. Cicah sikit dan memang, pergghh! Padu!

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca Juga: Ini Cara Menyediakan Tosai Selembut Kapas, Enak Untuk Dimakan Bersama Kari

tags: |