Tosai atau turut dikenali sebagai Dosa merupakan hidangan dari Selatan India yang sangat digemari ramai. Sering didapati di mana-mana kedai mamak, ianya selalu dinikmati dengan pelbagai aneka kari atau dalca di Malaysia.
Bagi anda yang ingin mencuba hidangan terkenal ini, boleh lah ikuti resepi yang ringkas dan sedap oleh Fatimah Saari. Dikongsikan di Facebook, ianya sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang buat seisi keluarga.
Resepi Tosai Selembut Kapas
Bahan-Bahan
- 1 genggam kacang ulunthu (dapatkan di sini)
- 1/2 cawan nasi sejuk
- Sedikit air
- 1 sudu kecil yis kering
- 1 1/2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
Cara Penyediaan
- Rendamkan kacang ulunthu terlebih dahulu selama 4 hingga 5 jam.
- Kemudian, toskan dan kisarkan bersama nasi sejuk, tambahkan sedikit air.
- Campurkan bahan yang telah dikisar dengan yis kering, tepung beras dan garam sehingga cair. Kemudian, perapkan campuran itu selama 5 hingga 6 jam.
- Seterusnya, boleh masak atas pan.
- Siap dan enak untuk dinikmati ketika masih panas.
Nota: Perapan akan naik dua kali ganda, jadi seeloknya perap lah dalam bekas besar sedikit.
Seeloknya penyediaan dilakukan terlebih dahulu bagi menjimatkan masa di dapur ketika menyediakan resepi ini. Bila dah nak makan, terus boleh masak. Mudah sahaja, kan?
Bagi yang merindui hidangan terkenal di restoran mamak ini, jom lah cuba resepi tosai selembut kapas. Sekeping tak akan cukup, dijamin tambah berkali-kali.
Selamat mencuba resepi ini. Kongsikan pada rakan-rakan ya.
Kredit: Fatimah Saari via MAHN