Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ambil Kesempatan Jual Mahal-Mahal..” Harga Sotong Goreng Cecah RM 240, Warganet Tak Puas Hati

“Ambil Kesempatan Jual Mahal-Mahal..” Harga Sotong Goreng Cecah RM 240, Warganet Tak Puas Hati

Kategori:
SOTONG GORENG

Nasi kandar merupakan kegemaran ramai, terutamanya bagi warga Penang. Dihidang bersama aneka kari dan hidangan sampingan, ia boleh didapati di pelbagai restoran Mamak dan gerai hidangan India Muslim.

Walaupun ia sering dilengkapi dengan ayam goreng atau kari ikan, orang ramai juga gemar menikmatinya dengan sotong goreng. Kini, harga nasi kandar makin meningkat. Lauk-pauk yang dipilih menjadi faktor utama harga nasi kandar meningkat. Jika tidak berhati-hati ketika memilih lauk anda, boleh jadi anda akan pulang dengan poket kosong!

Sotong Goreng Cecah RM 240, Harga Terlampau Mahal

Di laman TikTok, seorang pengguna, gabantero memuat naik sebuah video yang memaparkan harga sotong goreng yang telah mencecah RM 240!

Boleh didapati di Restoran Hameediyah di Penang, harga sotong goreng tersebut sebegitu kerana berkualiti dan mempunyai rasa yang enak. Dengan saiz yang besar, orang ramai terkejut bila melihat harganya.

@gabanteroNasi kandaq punya pasai..Geng2 Penang betul ka ini Price? ##gabantero ##apekchowkit ##nasikandar ##hameediyah ##campbellstreet ##viral♬ original sound – Gabantero

Harga Kayangan..

Menjengah di ruangan komen, warganet sangat tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan pada pelanggan. Terlampau mahal, hanya yang senang sahaja mampu merasainya.

SOTONG GORENG

Terlampau Mahal, Duit Boleh Guna Untuk Benda Lain..

Malah, ada juga beberapa warganet yang mengatakan bahawa harga sangat tidak berbaloi. Wang yang dihabiskan boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

SOTONG GORENG

Walaupun hidangan tersebut agak ‘luar biasa’, ianya sangat tidak adil buat para peniaga untuk mengenakan harga mencekik darah pada pelanggan. Perkara tersebut akan menimbulkan rasa tidak puas hati, lalu membuatkan mereka berasa ragu-ragu dan tidak ingin lagi mengunjungi kedai makan.

Harap para peniaga boleh menjelaskan isu ini dan meniaga dengan penuh ikhlas. Meskipun kita semua terkesan dengan pandemik dan ingin mencari rezeki, kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas situasi sekarang.

Kredit: TikTok gabantero

Baca Juga: “Selalunya Kami Tidak Jual Ikan Ni..”, Isu Ikan Siakap Berharga RM1196.80, Pemilik Restoran Tampil Menjelaskan

tags: |