Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Rahsia Tauhu Bergedil Menjadi Lebih Sedap, Sangat Mudah

Ini Rahsia Tauhu Bergedil Menjadi Lebih Sedap, Sangat Mudah

Kategori:
tauhu

Tauhu bergedil pernah viral pada suatu ketika dahulu. Ia merupakan makanan yang diperbuat daripada ubi kentang dan digaul dengan daging atau ayam. Amat sesuai dimakan bersama sambal kicap yang berapi.

Namun, salah satu cara supaya bergedil menjadi lebih lazat adalah dengan menggoreng bahan-bahan dahulu sebelum tumbuk. Jom kita cuba resepi tauhu bergedil dan sambal kicap berapi yang dikongsikan oleh Naddy’s Kitchen di Facebook.

Resepi Tauhu Bergedil Yang Lazat

BAHAN-BAHAN

  • Ubi kentang – potong nipis
  • Bawang merah – hiris
  • Bawang putih – hiris
  • Daging cincang secukupnya – ditumis berasingan hingga masak
  • Tauhu Pok
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Daun bawang /daun sup
  • Lada sulah secukupnya
  • Minyak masak
  • 3-4 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bersih. Kemudian tumbuk halus.
  3. Seterusnya tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup@daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.
  4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.
  5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng), pukul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  6. Celup Tauhu Pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang bersama Sambal Kicap.

Resepi Sambal Kicap Berapi

BAHAN-BAHAN

  • Cili padi hijau
  • Cili padi merah
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan semua bahan dan kisar halus.
  2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidang bersama tauhu bergedil.

Nampak sungguh menyelerakan. Makan ni pada waktu petang bersama air teh tentu sedap. Bahan yang diperlukan pun amat mudah untuk didapati. Tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit foto dan resepi: Naddy’s Kitchen

Baca Juga: Resepi Sambal Kicap Special Yang Mudah

 

tags: |