Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mak Asyik Main TikTok..” Gara-Gara Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi, Ini Pula Jadinya..

“Mak Asyik Main TikTok..” Gara-Gara Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi, Ini Pula Jadinya..

Kategori:
ANAK BERSAMA PERIUK NASI

Tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah. Selain dari menguruskan suami dan anak-anak, para ibu juga sentiasa penat kerana berada di dapur, sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk keluarga.

Terlalu sibuk, memang jarang sekali dapat melihat para ibu meluangkan sedikit waktu untuk diri sendiri. Bila melihat ibu anda leka bermain handphone, biarkan sahaja. Namun, apabila seorang ibu terlalu leka ketika menikmati me time, pelbagai perkara boleh terjadi.

Ibu Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi Sekejap, Ini Pulak Jadinya..

Di laman TikTok, seorang pengguna, bebyyhanaa, telah memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat anak bersama periuk nasi. Meninggalkannya seketika, alangkah terkejut wanita itu apabila melihat anak kecilnya telah sibuk menjamah nasi dalam periuk.

Mungkin lapar, nasi yang telah dimasak habis bersepah di lantai dan anak kecil itu nampak sungguh berselera menikmati nasi kosong dari periuk nasi. Tampil tidak bersalah, dia terus sahaja mengaut nasi dengan tangan kecilnya.

@esyafaresya

Taktahu nak marah ke nak ketawa 😥🤣 #laughathome

♬ Oh No – Kreepa

@bebyyhanaaTaktahu nak marah ke nak ketawa 😥🤣 ##laughathome♬ Oh No – Kreepa

Kecil-Kecil Pun Dah Pandai Berdikari

Melihat di ruangan komen, para warganet turut berasa terhibur dengan gelagat anak kecil itu. Mungkin lapar, dia terus sahaja bertindak sebegitu tanpa menunggu ibunya menghidang nasi buatnya. Malah, kecil-kecil pun dah pandai mencari makan. Hebat!

ANAK BERSAMA PERIUK NASI

Sama Macam Anak Saya..

Malah, bukan wanita ini sahaja yang perlu menghadap celoteh anak sebegitu. Ada juga para ibu yang lain yang terpaksa sabar sahaja dengan gelagat anak mereka sebegini.

ANAK BERSAMA PERIUK NASI

Alahai, comelnya telatah adik ini! Jadi ibu ini kena banyak bersabar, lebih-lebih lagi apabila anak-anak buat perangai sebegini. Nak marah pun tak jadi sebab terlalu comel, hanya mampu gelak dan layan sahaja kerenah mereka.

Tak mengapa, lain kali jangan tinggalkan anak bersama periuk nasi lagi. Takut nanti apa pula jadinya.

Kredit: TikTok bebyyhanaa

Baca Juga: Gara-Gara Biarkan Anak Memasak, Wanita Ini Sabar Bila Melihat Peralatan Dapurnya Tidak Dapat ‘Diselamatkan’

 

tags: |