Sebagai seorang pelanggan, semestinya kita inginkan kualiti dan servis yang terbaik dari peniaga. Maklumlah ‘customer is always right’, semuanya harus kena dengan selera. Kadang-kadang orang ramai berasa berang juga bila melihat ragam pelanggan yang melebih-lebih.
Namun begitu, apa yang ditujukan oleh pelanggan kadang-kadang ada betulnya juga. Lebih-lebih lagi bila mendedahkan sikap sesetengah peniaga yang tidak ikhlas ketika meniaga. Peniaga tidak seharusnya meniaga sambil lewa. Silap hari bulan boleh mengamuk pelanggan anda.
Di laman TikTok, seorang pengguna memuat naik sebuah video, berkongsi rasa tidak berpuas hati setelah menunggu pesanan yang dipesan menerusi aplikasi Foodpanda di sebuah gerai burger berdekatan.
Jenuh tunggu burger nak dekat sejam, alangkah kecewanya dia apabila terjumpa benda ‘asing’ dalam burger tersebut. Nampak seperti ulat, wanita itu menanyakan pada warganet.
@youronlynemo_ beli burger kedai baru dekat foodpanda dah la tunggu satu jam lebih dapat2 burger nak makan tgk dalam daging ada benda ni 🤢 sape tahu apa benda ni
Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet yang mengatakan bahawa benda ‘asing’ itu merupakan cebisan dari bahagian pipi lembu. Betul ke? Macam mana boleh termasuk dalam burger?
Ada juga berasa geli dengan pertemuan itu. Terus berasa loya pula nak makan burger.
Malah, ada yang menasihati wanita individu itu tidak menyalahkan rider atas hal tersebut. Mereka tidak tahu apa-apa, cuma menjalankan tugas untuk menghantarkan makanan.
Lamanya nak siapkan burger. Anda sanggup ke tunggu burger begitu lama? Dah lah lama, lepas itu ada pula benda ‘asing’ sebegini. Terus hilang selera. Memang patut lah pelanggan mengadu.
Semoga peniaga lebih berhati-hati dan lebih peka supaya perkara sebegini tidak lagi berulang.
Kredit: TikTok nemogelojoh