Lempeng kelapa merupakan antara hidangan tradisional yang mempunyai banyak erti bagi sesetengah orang, terutamanya mereka yang membesar di kampung. Bila menyediakan hidangan ini, mesti akan teringat pada ibu-ibu yang gemar memasaknya untuk disuap pada anak-anak.
Kini, ia kian dilupakan oleh arus pemodenan. Nampak ringkas tapi ianya tetap enak. Bagi anda yang tercari resepi yang mudah dan ingin mengenangkan kenangan manis ketika bersama keluarga di kampung, boleh lah mencuba resepi lempeng kelapa ini. Jom baca perkongsian oleh Nilam Sari Kitchen.
Mudahnya nak sediakan lempeng kelapa ini, kan? Dengan beberapa bahan sahaja dah menjadi. Lempeng kelapa ini sangat enak dimakan dengan begitu sahaja, tapi ramai yang gemar menikmatinya bersama beberapa pencicah seperti sambal tumis, kari ayam, gula dan banyak lagi. Mana satu pencicah pilihan anda?
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Nilam Sari Kitchen
Baca Juga: Resepi Roti Pisang Rangup Sedap Yang Amat! Sesuai Buat Untuk Sarapan Pagi