Laman TikTok makin dikenali di Malaysia dan digunakan secara meluas. Selain dari memaparkan pelbagai video menarik untuk ditonton, platform itu turut digunakan bagi golongan peniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Jangan pandang rendah dengan kuasa TikTok kerana jutaan view itu dapat meraih perhatian orang ramai, sekaligus menarik pembeli. Namun begitu, untuk sesebuah video itu viral di laman tersebut memerlukan pengguna untuk befikir secara kreatif atau mengikuti trend di laman itu. Mana lah tau kalau ikuti trend, boleh viral!
Meraih perhatian di laman TikTok, seorang pengguna, meebasahpaklang, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat comel peniaga ketika mencuba trend sambil menyediakan hidangan mee basah.
Tampak tenang dan menumpukan perhatian pada kamera yang sedang merakam, setiap langkah memasak berjaya dilakukan meskipun mata tidak memandang pada kuali. Alahai, comelnya pak cik ini tengok kamera, kan? Hasilnya pun tampak menyelerakan.
https://www.tiktok.com/@meebasahpaklang/video/7034824530195402010?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8BFHMYV7G6SRMKh4H7dYJGRi2mBJ%2FAqeps5J2stUKRM7z1Fm1pyE7kH4RaBSxdt7eCFvY7oUMN0pZIV3CGgA%3D&checksum=&language=en&mid=6919374537163328257&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7034824530195402010&share_link_id=75dee3e9-5539-4cd4-9e54-d408526984c7&source=h5_t×tamp=1637973593&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@meebasahpaklangDepa ni ajar paklang duk buat trend baru kita pon ikut ja 😂 paklang cuba 👍 ##rezeki_allah ##meegorengbasah ##oranglama ##kedah ##fyp ##otaimasihberbisa🤣😎♬ الصوت الأصلي – احمد جمال علي
Warganet turut berasa bimbang melihat gelagat lelaki itu ketika memasak. Bukan apa, bagi mengelakkan kecelakaan, mereka menasihatinya agar memandang kuali. Namun begitu, lelaki itu nampak seperti dah berpengalaman, semua langkah menjadi walaupun mata ke lain.
Ada juga beberapa warganet yang tertarik dengan senyuman manis lelaki itu. Maklumlah rakyat Malaysia ini mudah geli hati dengan senyuman orang tua, boleh teringat pada keluarga masing-masing.
Terhibur pula melihat pakcik ini menyediakan mee basah sambil cuba buat trend di TikTok, kan? Apa pun, cubaan pakcik ini tetap menjadi kerana warganet turut berasa terhibur melihatnya.
Semoga perniagaannya sentiasa maju dan pakcik terus dimurahkan rezeki, berada dalam keadaan yang sihat. Agak-agak apa lagi trend TikTok yang anda nak lihat darinya?
Kredit: TikTok meebasahpaklang