Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Udang Nestum, Hidangan ‘Rare’ Dan Unik Yang Semua Orang Perlu Cuba

Ini Resepi Udang Nestum, Hidangan ‘Rare’ Dan Unik Yang Semua Orang Perlu Cuba

Kategori: ,
udang nestum

Bagi penggemar makanan laut, lauk udang mesti menjadi pilihan sepangjang hari. Sedap dimasak dengan pelbagai cara, ia tidak pernah mengecewakan. Ramai yang gemar dengan sambal udang atau udang masak lemak cili api tapi tahukah anda ada cara lain untuk menjadikannya lebih sedap?

Mesti ramai yang belum lagi cuba resepi udang Nestum, kan? Resepi ini sebenarnya rare dan jarang dimasak, jadi bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru, boleh lah ikuti perkongsian resepi udang Nestum ini oleh Uwan Nolly Epin.

Resepi Udang Nestum

Bahan-Bahan

  • 10-15 ekor udang besar
  • 2 sudu besar butter
  • 8 tangkai cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
  • 1 tangkai daun kari
  • Nestum (sukatan ikut suka)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Maggi secukup rasa
  • Minyak masak
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung

Cara penyediaan

  1. Gaul udang bersama garam dan sedikit serbuk lada hitam dan tepung jagung
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng dan toskan udang. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak goreng udang itu untuk menumis bawang putih, cili padi dan daun kari
  4. Masukkan sedikit Maggi secukup rasa.
  5. Masukkan Nestum.
  6. Dah garing Nestum, masukkan udang yang digoreng tadi.
  7. Gaul untuk bagi semua bahan serata.
  8. Siap untuk dinikmati! udang nestum udang nestum

Nampak unik sungguh menu ini, kan? Tambahan Nestum dalam resepi ini mesti akan menjadikan udang lebih garing, enaknya diratah sepangjang masa. Belum sempat lagi untuk dimakan bersama nasi pun dah habis.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Nolly Epin via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Resepi Sotong Bakar Portugis, Sedap Dimakan Dengan Nasi Putih

tags: