Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

Kategori: ,
RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE 1

Ramai yang beranggapan bahawa buttercake ini mudah untuk disediakan. Namun, ia memerlukan teknik dan pengunaan bahan yang tepat bagi memastikan ia berhasil dan enak.

Jika anda mahu menikmati kek yang ringkas tapi tetap memuaskan, anda perlu mencuba resepi premium royal thai buttercake ini. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian resepi ini oleh Ummu Yusuf.

Resepi Premium Thai Buttercake

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder

Nota: Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder.

Bahan B

  • 80 gram susu full cream / fresh milk
  • 1 sudu kecil esen creamy vanilla

Nota: Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla

Bahan C

  • 4 biji telur gred B

Nota: Pukul macam nak buat telur dadar. Kemudian, timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja.

Bahan D

  • 150 gram pure butter
  • 70 gram gula halus
  • 70 gram gula icing
  • 12 gram ovalette (boleh guna ovalette special)

Bahan E

  • 1 sudu kecil pewarna lemon yellow

Cara Penyediaan

  1. Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 160 selama 10 minit.
  2. Campurkan bahan D menggunakan mixer speed paling tinggi.
  3. Bila bahan D dah kembang dan berwarna putih, masukkan bahan C sikit demi sedikit sampai habis, mix menggunakan speed paling tinggi.
  4. Kemudian, tukar guna speed rendah, masukkan bahan A, berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung, mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung). Mix sekejap dengan speed sederhana.
  5. Masukkan bahan E (optional), mix sekejap sehingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang 7 inci.
  7. Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek.
  8. Seterusnya, sediakan tray atau loyang, kemudia lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
  9. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali.
  10. Bila nampak kek dah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak, tak perlu cucuk kek dengan lidi sebab kita nak permukaan yang licin dan cantik, nanti cucuk berlubang pula kek kita.
  11. Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang dan pindahkan ke atas papan kek. RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE 1RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE 1

Jika anda waktu yang lebih, boleh lah ke dapur dan mencuba resepi premium royal thai buttercake ini untuk keluarga di rumah. Isi masa yang terluang dengan mencuba resepi baharu ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Ummu Yusuf

Baca Juga: Jarang Dibuat Orang, Kek Yogurt Strawberry Cheese Gebu. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap!

tags: