Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Tepung Gomak Pandan Bersama Inti Kelapa Manis. Sangat Mudah Dan Sedap!

Resepi Kuih Tepung Gomak Pandan Bersama Inti Kelapa Manis. Sangat Mudah Dan Sedap!

Kategori: ,
tepung gomak pandan

Kuih tepung gomak pandan adalah kuih tradisional yang mempunyai inti kelapa manis di dalamnya dan dilumurkan dengan tepung kacang hijau. Ianya rasa gebu, lembut dan sedikit kenyal. Sangat sedap dimakan lebih-lebih lagi pada waktu berbuka puasa.

Kuih ini jarang sekali ada di kedai. Namun, anda boleh mencubanya sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh theduch.ess di Cookpad.

Resepi Inti Kelapa Manis

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 tongkol gula melaka(peceh-pecah kan)
  • 2 tbs gula pasir
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan air
  • Daun pandan simpul
  • 2 tbs tepung gandum

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung dan kelapa. Api besar supaya gula cepat larut. Pastikan gula larut sepenuhnya dan berbuih pekat.
  2. Tukar api biasa. Masukkan kelapa parut. Gaul sebati.
  3. Kacau sentiasa. Sehingga air kelihatan kering di dasar kuali.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan gaul sebati. Tutup api dan sejukkan sebelum dijadikan inti. Boleh di simpan di dalam peti ais sehingga seminggu dalam bekas bertutup.
  5. Tips : Untuk mendapatkan warna inti yang gelap, ganti kan gula pasir kepada gula merah timbang. Boleh juga campur 1/2 – 1 senduk sup kicap mi (tidak akan merosakkan rasa kerana kicap mi tidak berperisa)

Resepi Tepung Gomak Pandan

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 tbs tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 tbs minyak
  • 1/2 cawan jus pandan
  • Serbuk/tepung kacang hijau

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Campur sebati semua bahan doh. Untuk jus pandan kita kisar air dengan 1 helai daun je. 
  2. Bulatkan inti awal-awal dan letak dalam doh sebesar bola ping pong.
  3. Bila air dah menggelegak baru masuk bebola dan angkat bila dah timbul. Pindahkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk.
  4. Toskan air dan debukan dengan serbuk kacang hijau. Kemudian, leperkan.
  5. Siap untuk dihidang.

Tips Mudah Sangai Kacang Hijau

  1. Panaskan air fryer pada suhu 150 darjah celcius. Pastikan kacang hijau dah dicuci dan ditos kering. Bakar selama 10 minit.
  2. Jika kacang banyak dan bertindih-tindih, kena goncang basket di separuh masa.
  3. Kemudian, boleh kisar macam biasa dan tapis. Ambil debu yang halus saja.
  4. Simpan dalam bekas bertutup kedap udara.

Mudah je kan nak buat kuih tradisional ni. Mak-mak mesti suka dengan kuih ini. Namun, ianya susah untuk dapati di kedai. Jadi, apa kata anda cuba buatnya sendiri untuk ibu anda. Tentu mereka suka dan berpuas hati. Bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan lagi jimat masa. Nanti dah tak perlu beli dah.

Selamat mencuba!

Kredit foto & resepi: theduch.ess Via Cookpad

Baca Juga: Kuih Bunga Tanjung Merupakan Kuih Tradisional Melayu Yang Comel Dan Sedap, Nak Cuba Buat? Ini Resepinya

tags: | |