Sebagai seorang peniaga yang bertanggungjawab, maklum balas pelanggan amat penting bagi membina sebuah perniagaan yang maju jaya. Bukan sekadar mengejar keuntungan semata-mata, para peniaga juga perlu mementingkan kebersihan dan keselamatan pelanggan.
Namun, ada juga segelintir pelanggan yang banyak songgeh dan selalu ingin mencari salah peniaga. Belum apa-apa sudah membuat andaian sendiri tanpa membuat soal selidik dan bertanya pada pihak yang lebih arif. Akhir sekali, sendiri boleh malu.
Di laman TikTok, seorang pengguna, dianiasedek, yang merupakan seorang peniaga daging harimau menangis, telah memuat naik sebuah video setelah seorang individu mendakwa dia sedang memasak produk jualannya menggunakan pan berkarat.
Berterima kasih atas keprihatinan individu tersebut, peniaga itu menjelaskan bahawa pan yang digunakan bukanlah pan yang berkarat. Perkara itu terjadi kerana kesan grill daging harimau menangis yang boleh sahaja hilang dengan setiap cucian.
Malah, peniaga turut menjelaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa mencuci peralatan setiap hari supaya ia berada dalam keadaan yang memuaskan.
@daniasedek Reply to @sammsameon Errmmm. Bukan karat bang. Tak kan kot 🥲
@daniasedekReply to @sammsameon Errmmm. Bukan karat bang. Tak kan kot 🥲♬ original sound – Erica Coffelt
Menjengah di ruangan komen, dakwaan individu tersebut menghiburkan warganet. Mungkin tak pernah ke dapur dan kurang berpengetahuan, kesan grill boleh tertukar dengan karat di atas pan.
Malah, ada juga yang memberi semangat pada peniaga tersebut apabila menerima komen sebegini. Nak berjaya itu tidak mudah, pasti ada sahaja mereka yang ingin mengecam.
Walaupun pelanggan berhak mendapatkan kualiti dan perkhidmatan yang terbaik dari peniaga, namun sebelum membuat apa jenis andaian dan dakwaan, perlu lah memahami setiap situasi sebetulnya untuk mengelakkan diri dari menfitnah orang lain.
Kredit: TikTok dianiasedek