Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Resepi Peraman Madu Lemon, Sesuai Untuk Diamalkan Untuk Melegakan Selsema & Sakit Tekak

Ini Resepi Peraman Madu Lemon, Sesuai Untuk Diamalkan Untuk Melegakan Selsema & Sakit Tekak

Kategori: ,
PERAMAN LEMON MADU

Umum sudah tahu bahawa buah lemon dan madu mempunyai khasiatnya tersendiri. Malah, kedua-duanya amat disarankan oleh pakar kesihatan untuk melegakan sakit tekak dan selsema oleh kerana kandungan vitamin C pada lemon dan antioksidan pada madu adalah sangat bagus.

Anda boleh mendapatkan campuran lemon dan madu di pasaran tapi seeloknya cuba menyediakannya sendiri di rumah. Sebenarnya tidak susah pun dan lebih jimat. Nak tahu caranya? Jom ikuti resepi peraman madu lemon yang telah dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin.

Resepi Peraman Lemon Madu

Bahan-Bahan

  • Lemon
  • Madu asli (dapatkan di sini untuk madu asli yang lebih purePERAMAN LEMON MADU

Cara Penyediaan

  1. Hiriskan lemon nipis-nipis dan buang bijinya. PERAMAN LEMON MADU
  2. Ambil bekas kaca. Lapisan pertama letakkan madu. (pastikan anda tidak menggunakan sudu besi.) PERAMAN LEMON MADU
  3. Susun hirisan lemon. Tekan-tekan lemon menggunakan sudu atau garfu untuk keluarkan jusnya. PERAMAN LEMON MADU
  4. Selang dengan madu, lemon madu sampai habis. PERAMAN LEMON MADU
  5. Peraman lemon madu sudah siap. PERAMAN LEMON MADU
  6. Peram selama 2 hari dalam peti. Selepas itu, ia sedia untuk digunakan. PERAMAN LEMON MADU

Mudah sahaja untuk menyediakan peraman madu lemon ini, kan? Walaupun nampak sangat ringkas, tak semua tahu cara untuk menyediakannya. Sekarang, dah tak perlu pergi beli. Buat sendiri lebih berbaloi dan jimat. Bebas bahan kimia dan sebarang pengawet, cara ini lebih selamat.

Bagi anda yang mengalami selsema dan sakit tekak, boleh lah amalkan peraman madu lemon ini untuk melegakannya. Pastikan anda mengambilnya dengan sudu kayu atau plastik, jangan pernah menggunakan sudu besi.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Nur Aida Md Zainuddin via MAHN

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Menyediakan Nasi Untuk Nampak Cantik & Lerai, Cara Ini Sudah Diamalkan Selama 13 Tahun

 

tags: