Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Raindrop Cake Yang Viral, Rupanya Mudah Sahaja

Ini Cara Untuk Menyediakan Raindrop Cake Yang Viral, Rupanya Mudah Sahaja

Kategori: ,
RAINDROP CAKE

Kebelakangan ini, raindrop cake semakin popular dan dikenali ramai semenjak ia mula dikenali di Jepun pada tahun 2014. Cantik untuk dilihat, ia sangat terkenal dikalangan anak-anak muda kerana berupa estetik. Malah jika dilihat, ada juga sesetengah individu yang mula meniaga kek ini.

Kek ini mendapat namanya dari rupa kek itu yang seakan titisan hujan. Ramai yang menyangka bahawa bahan-bahan dan penyediaan untuk menghasilkannya adalah sukar, namun tak juga. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian oleh Siti Masitah Awang KechikFull.

Resepi Raindrop Cake Yang Viral

Bahan-Bahan

  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar (boleh guna yang ini)
  • 1 sudu besar gula castor (boleh tambah mengikut citarasa)
  • 700ml air

Bahan Hiasan

  • Air gula Melaka
  • Serbuk kacang soya (dipanggang)

Cara Penyediaan

  1. Guna periuk kecil dan letakkan serbuk agar-agar dan tambahkan air. Kacau sehingga serbuk agar-agar dilarutkan.
  2. Guna api yang sederhana dan panaskan campuran tersebut sehingga mendidih. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, alihkan campuran tersebut.
  3. Tuang campuran itu ke dalam bekas dan letakkan dalam peti ais untuk sejukkannya.
  4. Setelah semalaman, keluarkan kek dari peti ais untuk menikmatinya.

Nota: Pastikan anda menikmati kek secepat mungkin setelah mengeluarkannya dari peti ais. RAINDROP CAKE RAINDROP CAKE RAINDROP CAKE RAINDROP CAKE

Raindrop cake yang sedang viral di media sosial ini perlu dicuba semua. Bukan sahaja kelihatan menarik dan cantik, malah rasanya yang cukup rasa pasti akan menawan hati.

Bagi anda yang sukar mendapatkan kek ini di mana-mana kedai, boleh lah cuba resepi ini. Memang mudah sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Siti Masitah Awang KechikFull via MAHN

Baca Juga: Jarang Dibuat Orang, Kek Yogurt Strawberry Cheese Gebu. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap!

tags: