Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Mudah Untuk Menyediakan Cheesy Hash Brown, Rasanya Mengalahkan Yang McD Punya!

Ini Cara Mudah Untuk Menyediakan Cheesy Hash Brown, Rasanya Mengalahkan Yang McD Punya!

Kategori: ,
CHEESY HASH BROWN

Hash brown merupakan antara hidangan sarapan pagi yang sangat dikenali di negara Barat. Malah, ianya boleh didapati bersama hidangan sarapan pagi di McDonald’s. Bagi penggemar makanan kentang, ia sudah tentu memuaskan.

Oleh kerana sangat dikenali, hash brown juga boleh didapati dalam bentuk sejuk beku dan sedia untuk digoreng pada bila-bila masa. Namun, jika ianya sukar didapatkan, anda boleh cuba menyediakannya sendiri dari rumah. Dengan beberapa bahan sahaja, ianya amat mudah.

Resepi Cheesy Hash Brown

Bahan-Bahan

  • 2 biji kentang bersaiz sederhana besar (diparut, dicuci dan diperah sehingga kering)
  • Sebiji bawang merah (dicincang halus)
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • Keju Mozzarella
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa CHEESY HASH BROWN

Cara Penyediaan

  1. Campurkan kentang, bawang merah, tepung gandum dan telur. CHEESY HASH BROWN
  2. Kemudian,masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
  3. Potong mozzarella kecil-kecil. CHEESY HASH BROWN
  4. Buat seperti dalam gambar, selepas itu tutup mozzarella itu dengan campuran tadi.
  5. Goreng selama 10 minit (5 minit untuk bahagian atas, 5 minituntuk bahagian bawah) atau sehingga ia berubah warna menjadi keperangan. CHEESY HASH BROWN
  6. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati. CHEESY HASH BROWN CHEESY HASH BROWN

Nota: Kentang parut perlu diperah sehingga kering, pastikan tiada kelembapan. Kalau tidak, ia akan berair. Anda juga tidak perlu menggunakan tepung yang banyak, hanya sedikit sahaja bagi mengelakkannya menjadi cekodok.

Bagi penggemar Hash Brown dan makanan berkeju, bolehlah cuba resepi Cheesy Hash Brown yang mudah ini. Selepas ini, tak perlu sudah ke pasaraya dan menggeluarkan wang semata-mata teringin untuk menikmatinya. Buat sendiri lebih jimat dan berpuas hati.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: AJ Idris via MAHN

Baca Juga: Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

tags: |